Pages

01 Julai 2018

10 Sebab Kenapa Ahli UMNO Pilih Zahid Bukan KJ


  1. KJ bukan timbalan Najib atau Naib Presiden UMNO. Maka KJ tidak ada pengalaman menguruskan parti seperti lawannya Zahid Hamidi. 
  2. KJ juga menang ketua pemuda dengan kontroversi  bukan berdasar sokongan akar umbi sebaliknya berteduh bawah imej Bapa Mertua Pak Lah.
  3. KJ gagal menarik pengundi muda yang menjadi pengundi terbesar pru14 termasuk gagal menguasai media sosial sehingga tsunami fitnah musuh memenuhi alam maya.
  4. KJ dilihat liberal dan tidak mampu membawa perjuangan Melayu Islam Umno. Ramai menolak pandangannya yang tidak mencerminkan pemimpin Islam sejati.https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/kj-bawa-agenda-liberal-kalau-menang-presiden-umno/
  5. KJ mahu membuka keahlian kepada bukan Melayu dan ini dibantah keras ahli parti. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1919054474781434&id=167047123315520&_rdr
  6. KJ ada isu RM100 juta di KBS semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-seleweng-rm100-juta-pegawai-kbs-terlibat-dikeluarkan-dari-kementerian-99506
  7. Majoriti Parlimen beliau makin menurun PRU14 http://m.utusan.com.my/berita/politik/pilihan-raya/pilihan-raya-umum-ke-14/maklumat-calon-dan-kawasan-pilihan-raya-p131-rembau-negerisembilan-1.652966
  8. KJ membentang manifesto yang sepatutnya digunakan untuk membuat perubahan untuk Umno seperti mana yang diberi mandat oleh Majlis Tertinggi.https://m.malaysiakini.com/news/431267
  9. KJ dilihat lesu dalam melawan pihak musuh UMNO dan tidak ada keberanian melawan pihak lawan secara agresif.
  10. KJ juga tidak mampu menunjuk contoh pemimpin yang didambakan ahli parti seperti mampu menjadi imam solat dan fasih menggunakan nas agama dalam berhujah dan pidato.


Bukan sebab WarLords...

Bukan sebab paksaan.

Pekan pun pilih Ku Li.

Ini pilihan ahli parti dan mereka yang kalah kena terima dengan lapang dada.

Kecuali duit dah berpuluh juta hangus sebab nak beli undi.

Jangan kata Panglima tuduh cuma tanya saja.


Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.