Jiwa kena kental menghadapi tekanan dan jangan mudah goyang kerana wang.
Yakin dengan kepimpinan dan jangan soal pemilihan menjadi alasan mahu lompat meninggalkan parti.
Ketika senang dan susah kita kena bersama UMNO...
Maruah katak lompat susah mahu dipercayai oleh rakyat lagi.
Elok letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dengan segera.
Jangan muka tebal tidak malu menduduki kerusi UMNO atas alasan bodoh.
Jangan keluar UMNO demi kepentingan peribadi - Zahid
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan anggota parti agar tidak meninggalkan UMNO hanya demi kepentingan peribadi.
"Imam tidak pernah meninggalkan jemaah tetapi jika ada makmum yang mufaraqah atau keluar daripada jemaah yang diketuai oleh imam itu, maka mereka tentunya harus memikirkan keputusan tidak harus dibuat berdasarkan pertimbangan peribadi. "Tetapi sebaliknya kemenangan kita di kerusi-kerusi berkenaan adalah kerana mewakili rakyat yang mengundi dan parti yang memberi peluang dan mandat untuk kita bertanding," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Anggota Parlimen Bagan Datuk itu mengulas tindakan bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang hari ini mengumumkan keluar parti dan menjadi Anggota Parlimen Bebas.
Mas Ermieyati turut mengaitkan keputusan itu dengan harapannya yang tidak kesampaian untuk melihat anggota UMNO memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu berwibawa dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam.
-- BERNAMA
Dihantar daripada iPhone saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.