Pages

03 Julai 2018

KJ mahu cuti, tidak mahu jadi ketua pembangkang | Astro Awani

KJ mahu cuti, tidak mahu jadi ketua pembangkang | Astro Awani

Harap berita Khairy Jantan keluar UMNO tidak berulang. 

Muhasabah diri dan bawa politik yang berteraskan agama dan bangsa untuk parti....

UMNO bukan dilahirkan untuk menjadi liberal dan menggadai prinsip asas demi undi.


KJ mahu cuti, tidak mahu jadi ketua pembangkang

KJ mahu cuti, tidak mahu jadi ketua pembangkang
KHAIRY: Saya sebenarnya tidak mahu pegang apa-apa jawatan buat masa ini, tetapi kita serahkan pada Ahli Parlimen pembangkang.
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu mengambil cuti pendek dan tidak menerima sebarang jawatan dalam UMNO termasuk menjadi ketua pembangkang di Parlimen.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, pada masa ini, dia mahu berehat dan tidak mahu terikat dengan apa-apa jawatan.

Bagaimanapun jelasnya, sebarang keputusan mengenai jawatan itu akan diputuskan oleh Ahli Parlimen selain mengakui akan hadir ke sidang Dewan Rakyat pada pertengahan Jun ini. "Saya sebenarnya tidak mahu pegang apa-apa jawatan buat masa ini, tetapi kita serahkan pada Ahli Parlimen pembangkang.

"Saya hendak ambil cuti pendek dan pastikan parti dapat berubah. Kalau pegang jawatan ini, terikat sedikit," katanya selepas majlis serah tugas kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan menolak tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadikannya sebagai Setiausaha Agung BN.

Menurut Khairy, dia membuat keputusan untuk tidak memegang sebarang jawatan sekiranya kalah dalam persaingan merebut kerusi Presiden UMNO.

Khairy tewas kepada Ahmad Zahid dalam pemilihan Presiden UMNO yang baharu bagi penggal 2018-2021 baru-baru ini.

Seorang lagi calon presiden yang tewas adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.


Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.