Pages

01 Julai 2018

Sebelum Mas Ermieyati Umum Keluar UMNO - Elok Letak Jawatan Kerusi Parlimen BN Dahulu

Mas Ermieyati Umum Keluar UMNO

Mas Menang kerana UMNO dan BN.

Bila tengok keputusan pemilihan UMNO Mas umum keluar parti. 

Elok Mas berhenti dan letak balik kerusi BN Masjid Tanah dahulu sebelum umum keluar parti. 

Adakah agenda Mas sebenarnya ? 

Mahu mendengar suara akar umbi atau mahu calon pilihan menang walau akhirnya umno akan rebah?

Satu persatu Ahli Parlimen Umno keluar. Insya Allah satu pergi 10 yang lain akan berganti.

Umno sedang dibersihkan dan ujian demi ujian hanya akan menguatkan semangat ahli umno untuk bangkit kembali...

Presiden yang hebat dihantar Allah ketika zaman Umno sedang diuji dengan hebat....

Insya Allah sama-sama kita doakan..

Mas Ermieyati Umum Keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Anggota Parlimen Masjid Tanah, Melaka, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar UMNO dan akan menjadi Anggota Parlimen Bebas berkuatkuasa hari ini.

"Mulai hari ini (1 Julai), saya mengumumkan keluar daripada parti UMNO bersama-sama dengan pengikut setia saya dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman.

Sehubungan itu saya akan menjadi seorang anggota parlimen bebas dan akan memainkan peranan menegur dan menasihati kerajaan sebagai semak dan imbang atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan tanpa terikat dengan etika anggota parlimen yang mewakili sesebuah parti," katanya dalam kenyataan media hari ini.



Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.