Timbalan Menteri Pendidikan yakin janji iktiraf UEC bakal dilaksana
KUALA LUMPUR 14 Julai - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mengadakan pertemuan bersama wakil Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) di Putrajaya semalam yakin janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan tetap terlaksana.
Menurutnya, perkara ini sudah termaktub dalam manifesto PH dan beliau kini juga lebih tenang selepas mengetahui tidak keseorangan dalam perjuangan menuntut pengiktirafan UEC.
"Terima kasih kepada semua komrad yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk menghadiri sesi dialog bersama Dong Jiao Zong di Kementerian Pendidikan (semalam).
"Ramai yang bertanya adakah saya tertekan dengan isu berkaitan UEC baru-baru ini. Sebaliknya saya lebih tenang. Jadual padat, banyak kerja perlu diselesaikan, penat tetapi ya, saya agak tenang. Ini kerana saya tahu saya tidak keseorangan dalam perjalanan mengiktiraf UEC," katanya dalam sebuah kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.