Pages

04 Ogos 2018

PRK Sungai Kandis 9.48 % Keluar Mengundi Sehingga 9 Pagi - Utusan Malaysia

PRK Sungai Kandis: 9.48 peratus keluar mengundi sehingga 9 pagi




SUASANA di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Klang Jaya lengang pada hari pengundian PRK Sungai Kandis di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ABDUL RAZAK IDRIS


Siti Rohaizah Zainal Dan Abdul Razak Idris

04 Ogos 2018 10:02 AM


SHAH ALAM 4 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 9.48 peratus pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sehingga pukul 9 pagi ini.


Kesemua pusat mengundi bagi DUN Sungai Kandis telah mula dibuka sejak 8 pagi tadi dan akan ditutup pada pukul 5.30 petang ini.


Sementara itu, tinjauan pemberita mendapati proses pengundian PRK Sungai Kandis berlangsung dalam suasana yang agak lengang.

Seorang petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN), Erwan Shah Abdul Majid ketika ditemui di Taman Klang Jaya juga mengakui perkara tersebut.

“Tidak ramai pengundi khususnya orang Melayu dan India yang hadir ke Dewan Taman Klang Jaya pagi ini.

“Mungkin menjelang tengahari dan petang pengundi akan lebih ramai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/prk-sungai-kandis-9-48-peratus-keluar-mengundi-sehingga-9-pagi-1.722491#ixzz5NAu4giNc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.