Pages

24 September 2018

Pemimpin keluar Umno kerana terima tekanan - Politik - Sinar Harian

Pemimpin keluar Umno kerana terima tekanan - Politik - Sinar Harian

Pemimpin keluar Umno kerana terima tekanan

Shamsul Amri Baharuddin

KUALA LUMPUR – tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan Umno mungkin disebabkan tekanan yang diterima oleh mereka.

Bagaimanapun, Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin tidak menolak kemungkinan tindakan tersebut adalah strategi politik supaya parti tidak dikaitkan dengan kes yang mungkin sedang disiasat ke atas pemimpin tersebut.

"Kena fikir juga berapa ratus orang akaun di tahan (dibekukan), dia ada suasana dia. Takkan kerana semua aman, dia keluar? Tidak.

"Mesti ada sesuatu yang dia rasa tidak aman. Bila rasa tidak aman, sebelum dimasukkan dalam penjara atau sebelum saya dipanggil oleh SPRM, baik keluar dulu.

"Mungkin dari segi itu dia keluar Umno supaya dia tidak menjejaskan Umno," katanya  ketika ditemui di kediaman Tengku Razaleigh Tengku Hamzah di Jalan Langgak Golf, di sini.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.