http://m.utusan.com.my/berita/politik/pemilihan-pkr-johari-gagal-rebut-jawatan-ketua-cabang-1.776209
Pemilihan PKR, Johari gagal rebut jawatan Ketua Cabang
SUNGAI PETANI 27 Okt. - Status sebagai Ahli Parlimen gagal membantu calon Naib Presiden PKR, Datuk Johari Abdul untuk merampas jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Petani yang berlangsung hari ini.
Dalam proses pengundian yang berlangsung di Dewan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor dekat sini, Johari sekadar berada di tempat ketiga di belakang penyandang, Robert Ling Kui Ee yang mendapat 525 undi dan P. Ragunathan yang memperoleh 432 undi.
Kekalahan Johari turut disusuli dengan kekalahan calon timbalan presiden disokongnya, Rafizi Ramli yang hanya menerima 441 undi berbanding Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendapat 912 undi.
Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden, para perwakilan meletakkan kepercayaan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar untuk menerima undi tertinggi dengan jumlah 836.
Bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berada di tempat kedua dengan jumlah undi 697 diikuti Zuraida Kamaruddin (517 undi) dan Shamsul Iskandar Mohd. Akin (507). - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.