Pages

29 Oktober 2018

Syed Saddiq perlu fahami sejarah ketuanan Melayu - PERKASA - Utusan Online

Syed Saddiq perlu fahami sejarah ketuanan Melayu - Politik - Utusan Online

Syed Saddiq perlu fahami sejarah ketuanan Melayu

DATUK SIRAJUDDIN SALLEH
DATUK SIRAJUDDIN SALLEH 

Menurut Sirajuddin, amat malang bagi orang Melayu kerana mempunyai pemimpin seperti Syed Saddiq yang tidak mahu membela bangsanya sendiri sebaliknya ingin menghapuskan ketuanan Melayu.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq saya anggap sebagai sesuatu yang bodoh kerana dia sendiri tidak faham apa maksud ketuanan Melayu. Sekiranya dia memahami perkara itu saya pasti kenyataan seperti ini tidak akan keluar.

"Sebagai seorang menteri dia perlu memahami sejarah dan asal usul orang Melayu di negara ini, mengapa wujudnya zaman ketuanan Melayu dan apakah kebaikan yang diberikan kepada orang Melayu," ujarnya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Tambahnya, hak orang Melayu sememangnya telah wujud sejak 63 ribu tahun dahulu dan mengapa beliau ingin menafikan perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia sejak berpuluh tahun.

"Orang Melayu pada zaman dahulu berusaha untuk memperjuangkan hak-hak mereka untuk memastikan mendapat kelebihan di bumi mereka sendiri tetapi apa pula yang ingin dikejar oleh menteri sekarang adalah kesamarataan.

"Kesamarataan apakah yang ingin diperjuangkan sekiranya hak orang Melayu seperti mula diperlekehkan oleh menteri-menteri di Malaysia dan Syed Sadiqq perlu beri penjelasan yang lebih lanjut tentang perkara ini," tambah beliau.

Menurutnya, beliau membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan dan berharap pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut melakukan perkara yang sama kerana jelas sekali hal itu tidak perlu menjadi satu persoalan.

Sementara itu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq itu adalah tidak jelas tujuannya dan apa yang ingin disampaikan kepada orang ramai.

"Saya kurang jelas dengan apa yang Syed Saddiq cuba sampaikan dalam kenyataannya kerana apa yang dicakapkan adalah terlalu umum dan susah untuk saya memahami kontkes yang beliau cuba sampaikan.

"Sekiranya Syed Saddiq boleh mengulas lebih lanjut perkara tersebut mungkin saya boleh memberi komen tentang apa yang beliau cuba sampaikan," kata Hishamuddin dalam mesejnya menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini..

Terdahulu, Syed Saddiq mencetuskan satu polemik apabila mengeluarkan satu kenyataan tentang zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaa mendapat reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.