Pages

07 November 2018

Jangan Usik Institusi DiRaja, Islam, Bahasa Melayu – Zahid

Jangan Usik Institusi DiRaja, Islam, Bahasa Melayu – Zahid

Jangan Usik Institusi DiRaja, Islam, Bahasa Melayu – Zahid

SEREMBAN, 6 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta agar tidak ada pihak yang akan mengganggu Perlembagaan sedia ada termasuk menyentuh agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ahmad Zahid turut menegaskan UMNO menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

"Jangan usik apa termaktub dalam perlembagaan, jangan usik umat Islam atau sama ratakan Islam dengan agama lain, jangan usik kedaulatan Raja-Raja Melayu, jangan ganggu gugat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Kita bukan mahu jadi perkauman atau ekstremis agama, kita juga tidak minta lebih daripada itu, kita mahu hak-hak yang ada dalam perlembagaan dikekalkan," katanya dalam ucapan pada majlis Bersama Presiden UMNO di sini, hari ini.

Tambahnya beliau tidak menghalang hak beragama bagi agama-agama lain termasuk hak berbahasa mengikut kaum masing-masing namun tetap akan mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan sedia ada.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengesahkan kerajaan Pakatan Harapan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri malahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. –Bernama



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.