Perkasa Kelantan gesa A.Kadir disiasat
KOTA BHARU 7 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri ini menggesa agar Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
Yang Dipertuanya, Asri Ali berkata, perkara itu berikutan artikel yang ditulis di laman blognya sangat berbahaya kerana boleh mencetuskan bibit kebencian terhadap Raja-Raja Melayu.
Katanya, tindakan itu juga akan menyebabkan rakyat di negara ini sewenang-wenangnya menghina, mempersenda dan berniat menghapuskan institusi diraja di negara ini.
"Saya terbaca penulisan di kadirjasin blogspot.com yang jelas amat berbahaya dan kita desak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Dalam Negeri menyiasat artikel berbentuk penghinaan itu.
"Kalau perkara ini tidak dibendung, saya bimbang rakyat tidak akan ada lagi rasa hormat kepada institusi diraja yang menjadi tonggak kepada pemerintahan di negara ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Kira-Kira 100 Ahli Jawatankuasa dan kepemimpinan Perkasa negeri ini hadir menyatakan bantahan berhubung tindakan tersebut.
Tambah Asri, pihaknya juga ingin memberi amaran kepada mana-mana individu yang sengaja menyebarkan sentimen kebencian terhadap institusi diraja melalui medium Whats App dan media sosial lain.
"Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan tindakan tersebut dan Perkasa akan berjuang habis-habisan mempertahankan keluhuran Perlembagaan di negara ini.
"Sebelum nasi menjadi bubur, kita tidak mahu sampai rakyat sendiri turun berdemonstrasi sebagai tanda menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara," jelasnya. - UTUSAN ONLINE
Thankyou for sharing this informative. i am great full to write a review on this site longmire coat
BalasPadam