Pages

22 November 2018

Sidang DUN Pahang lulus usul tolak ICERD

KUANTAN 21 Nov. - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini meluluskan usul menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).


Usul tergempar tersebut dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.


Shahaniza dalam perbentangan usul itu berkata, asas kepada bantahan tersebut adalah sepanjang 60 tahun merdeka, tiada bukti berlakunya diskriminasi terhadap mana-mana kaum di negara ini.

"Semua kaum telah diberikan hak yang bersesuaian dan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Intipati undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan pula adalah hasil perbincangan semua kaum yang diwakili pemimpin kaum masing-masing.

"Bantahan hari ini adalah mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta seluruh rakyat negeri ini," katanya pada sidang DUN di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Shahaniza berkata, usaha itu merupakan kemuncak kepada bantahan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak dan menerusi pelbagai saluran termasuk perhimpunan aman yang dianjurkan di negeri ini pada 9 November lalu bagi membantah ratifikasi ICERD.

"Dengan bantahan oleh DUN hari ini, kita berharap kerajaan Persekutuan menerimanya dengan baik dan tidak akan sekali-kali menandatangani ICERD," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/sidang-dun-pahang-lulus-usul-tolak-icerd-1.791411#ixzz5XYINdsAr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.