Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Julai 2019

Hari Hari Awal Zahid Kembali Teraju Parti - Aura Kemenangan PRU15 Makin Dirasai


Hari ini hari ketiga Zahid kembali menjadi Presiden selepas enam bulan berehat ekoran desakan dalaman parti yang mahukan beliau berbuat demikian. Meskipun pada awal desakan mahu beliau berundur oleh Pemuda UMNO dijawab dengan kenyataan tegas akan kekal namun Zahid akhirnya memikirkan nasib parti melebihi dari nafsu menjadi Presiden sehingga menyerahkan tugas kepada Tok Mat pada Disember 2018.


Selepas istikharah dan mendapat petunjuk maka Zahid telah membuat pengumuman Ahad lalu untuk meneruskan kembali tugasnya yang semakin berat dalam menjalin hubungan dengan PAS yang menaruh harapan sangat tinggi kepada beliau.

Seperti mana hubungan baiknya dengan musuh politik yang lain seperti Anwar atau Lim Guan Eng, Zahid juga mempunyai memori indah bersama Allahyarham Tuan Guru Harun Din. Yang disifatkan sebagai guru yang dirujuk selalu dalam detik kesulitan dalam mencari hala tuju perjuangan.

Pas merasa kekuatan ini yang membuat mereka merasa yakin dengan potensi masa depan Ta'awun Siyasi yang sedang memasuki gerbang baru melakar sejarah perpaduan Melayu Islam di Malaysia dengan Zahid.

Bahkan Zahid dalam kenyataan beliau beberapa hari lalu turut berjanji tidak akan khianati kepercayaan PAS selama beliau menerajui UMNO..

Langkah awal mengumumkan Ketua Pembangkang kekal kepada Ismail Sabri menunjukkan keterbukaan beliau dalam menggembeling kerjasama semua kepimpinan yang telah menjalankan amanah sebelum ini.

Begitu juga pengumumannya bahawa Ketua Whip kekal dengan penyandang Mahadzir Khalid memberi aroma menyegarkan kepada parti yang sedang memerhati situasi terkini kepimpinan selepas kembalinya Zahid memegang tampuk parti.

Walaupun ada suara sinis seperti Mantan Ketua Hakim Tun Abdul Hamid

[ https://www.sinarharian.com.my/article/35550/BERITA/Politik/Zahid-perlu-berundur-sukarela-Tun-Abdul-Hamid ]

dan penganalisis politik Dr Sivamurugan

[ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/03/zahids-return-may-roll-back-all-the-good-tok-mat-has-done-for-umno-warn-ana/1767650 ]

namun pandangan mereka berdua tidak mewakili majoriti kelompok ahli akademik yang sudah nampak kemungkinan besar Zahid mampu menyatukan parti komponen dan Pas untuk menyusun langkah menewaskan PH yang begitu lemah ketika ini.

Selepas itu Zahid juga telah membuat langkah mengejutkan lagi dengan pengumuman perlantikan 5 Majlis Tertinggi yang baru. Antara yang kontroversi mungkin Ketua Bahagian Batu Pahat Dato Puad Zarkashi. Ini kerana kemarahan beliau kerana tidak dicalonkan PRU14 oleh parti di bawah Pengerusi Perhubungan Negeri Johor Khaled Nordin telah melukakan hati ramai pihak.

Namun sebagai Presiden tentu beliau telah melihat dan mendengar semua pandangan yang ada dan mengambil keputusan berani tersebut mungkin untuk menyatukan kembali saf kepimpinan demi melawan kezaliman PH.

Dengan intelektual dan daya kepimpinan Puad Zarkashi bekas Ketua Pengarah JASA mungkin ia mampu menguatkan lagi pasukan Presiden dalam membuat sebarang keputusan dan mengelak berpecahnya kalangan pemimpin pasca PRU14.

Pertemuan dengan Presiden MIC dan MCA juga dilihat amat positif dengan semangat perpaduan antara komponen dapat dirasai oleh jentera parti yang tidak mahu lagi memikirkan kecuali menentang musuh yang sedang diasak dari segenap sudut terutama oleh golongan marhaen yang marah ditipu dengan manifesto palsu PH.


MCA MIC sahabat sehidup semati BN dan saat ini masa untuk mengemaskan langkah dan membina semula imej yang dicari oleh rakyat yang mahu sebuah kerajaan begitu stabil dapat dijelmakan dengan segera sebelum negara akan hancur musnah dijarah oleh PH.


Hari ini Mantan Naib Presiden Hishammuddin Hussein turut bertemu Zahid memberi ikrar akan membantu Presiden turut melapangkan hati umat Melayu UMNO yang sedar bahawa antara mereka berdua banyak gosip liar yang bertebaran.

Gambar mereka berdua di Parlimen hari ini jelas menambah lagi semangat kemenangan dan kebangkitan UMNO dan mengelak dari berpecahnya ahli parti sekembalinya Zahid meneraju parti.


Langkah demi langkah di hari awal Zahid kembali diharap akan terus kekal positif dengan harapan ia boleh menjana sokongan begitu kuat rakyat yang begitu mendambakan pertukaran kerajaan akan berlaku secepat mungkin.

Namun langkah ini akan gagal menjadi kekuatan memenangi PRU akan datang jika masih ada yang mahu menabur garam ke atas luka kekalahan yang lalu. Jangan kerana mahu selamat dari kes mahkamah mereka ini sanggup menjadi petualang memecahkan parti dari dalam.

Mementingkan diri dengan menghalang Zahid kembali adalah sikap buruk yang perlu dibuang jika kasihan keadaan parti dan rakyat yang terlalu teruk ditekan kemunduran ekonomi dan peluang pekerjaan serta kesucian agama Islam.

Mereka perlu mempelajari dari saranan DS Ismail Sabri yang menyeru semua membuang Zahid pada pemilihan akan datang jika mereka tidak mahu beliau kembali...Bukan dengan memboikot beliau sebagai Ketua parti yang wajib ditaati.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/07/580658/putuskan-nasib-zahid-pada-pemilihan-umno-ismail-sabri



PPC
Blog Penembak Tepat

Rabu 3 Julai 2019

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate