Semalam Panglima sudah siarkan blog pro Anwar terus menyerang Azmin.
Baca posting semalam yang turut menyenaraikan link blog dimaksudkan.
Hari ini perang terus hangat. Dengan isu tunggakan bayaran perjalanan yang gagal diluaskan Azmin.
Ada kawan saya semalam memberitahu Azmin boleh sahaja membayar jumlah tersebut.
Namun dari sumber manakah beliau boleh memaklumkan wang yang dibayar.
Itu barangkali persoalan yang berlegar di fikiran Azmin dan para penasihat beliau.
Apabila isu sembur it timbul kita lihat Azmin berjaya mengharunginya dengan beberapa langkah yang dilihat berkesan.
PM sendiri mempertahankan beliau walau air muka Tun M menjadi taruhan.
Kali ini sebaran sudah meluas ke seluruh alam maya berkenaan isu tunggakan yang melibatkan agensi Pelancongan.
Adakah Tun M akan terus pertahan beliau?
Mempertahankan Azmin bererti membelakangkan Anwar.
Membelakangkan Anwar bermaksud mahu halang kenaikan jawatan Anwar menjadi PM Malaysia.
Adakah bencana perang saudara Anwar Mahathir akan berulang lagi?
Kita tahu waktu sedang berlalu. Parlimen masih bersidang.
Banyak serangan mengejut boleh berlaku.
Anwar dilihat makin halus seni politiknya dan tidak nampak gopoh seperti dahulu.
Barangkali ada peluang Anwar merasa kerusi PM. Jika sumpahan badinya sudah diselesaikan dengan izin Allah..
Dengan majlis penyucian diri dan ilmu agama dilihat makin kerap diadakan di kediaman beliau setakat ini.
Kita tunggu apa akan berlaku. Banyak elemen suspen akan memenuhi ruang politik semasa tanah air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.