Pameran Artifak Rasulullah saw oleh RIbat Mustofa Ustaz Mohaizad di Pulai Chondong Kelantan telah mencetuskan kekecohan sehingga terpaksa dihentikan seperti kenyataan Ustaz Muhaizad di bawah
Walhal tahun 2016 ia sudah dipamerkan di Muzium Negeri Kelantan
dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan
Sebelum itu ia sudah dibuat pameran di Sungai Buloh
Sebenarnya ia sudah lama dibuat namun kali ini ia telah menjadi topik hangat
Pameran turut disaksikan mantan Mufti Wilayah di PWTC turut dilaporkan media utama negara kita
Penganjur ada membuat penjelasan keaslian artifak tersebut
Kisah Prof Manan Embong Pakar Ethnologi dan Artifak Islam boleh dibaca di sini
Beliau juga adalah Penasihat Galeri Diraja Brunei sejak 1997 - 2010
Pameran ini juga turut dilangsungkan di luar negara seperti Indonesia. Selain itu turut dijelaskan namanya juga tersenarai pemilik artifak Rasulullah saw di Muzium Topkapi di Turki.
Harap jangan ada tangan wahabi cuba menyekat usaha murni menanam kecintaan kepada Rasulullah saw melalui pameran yang diadakan.
Ingat di Perancis sahaja ada manusia benci Rasulullah dan hina baginda rupanya di Kelantan juga ada hati yang tidak jernih melihat usaha baik ini dilakukan.
Harap YAB Menteri Besar Kelantan melihat isu ini dan memastikan tidak berulang kembali.
Lihat juga penjelasan Prof Manan Embong berkenan kesahihan artifak yang dipamerkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.