Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Disember 2009

Edisi Liwat : Video Syeikh Yusuf Qaradhawi Yang Diputarbelit Oleh Pakatan Rosak !



Saya terlewat mengangkat video ini ( lebih tepat 'memasang' ) di blog saya. Kerana kesuntukan masa seharian memandu kereta pulang ke Kelantan.

Kebetulan broadband pula masih tertunggak maka saya terpaksa menunggu broadband ehsan dari pakcik yang kebetulan bermurah hati meminjamkan kepada saya sehingga pagi esok.

Mujurlah.

Video di atas telah disiar di blog Nik Nazmi dan ditambah dengan perkataan yang disandarkan kepada Syeikh Yusuf Qaradhawi yang tidak ada disiarkan dalam video di atas.

Maka kesimpulan saya dapat ialah ia satu perbuatan 'bidaah' yang nyata dengan mereka reka kenyataan yang tidak diucapkan dalam video tersebut.

Demi mensucikan nama Anwar Ibrahim yang barangkali belum lagi diceritakan kes keduanya yang berlaku dengan seorang anak teruna dan cute bernama Saiful Bukhari kepada Tokoh Maal Hijrah tersebut.

Patutnya Syeikh Yusuf Qaradhawi meminta Anwar bersumpah menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Tetapi hingga hari ini tidak ada permintaan seumpamanya dibuat.

Dalam hal ini Dr Asri barangkali lebih baik sedikit kerana menyedari bahawa sumpah menafikan liwat boleh dibuat oleh Anwar jika beliau benar-benar tidak bersalah dan tidak pernah meliwat anak teruna bernama Saiful Bukhari.

Perkataan yang ditambah dan tidak ada di dalam video tersebut yang disiar di blog Nik Nazmi http://www.niknazmi.com ialah :

“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim. Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

“Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”


Justeru apakah relevannya ditokok tambah perkataan tersebut dan tidak menyiarkannya di internet ?



Jika benar diucapkan oleh Syeikh Yusuf maka sayugialah disiarkan ucapan tersebut demi untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar disokong oleh Pengerusi Ulama Sedunia itu !!



Tetapi, ia tidak berlaku.



Sekali saya tegaskan, ia tidak berlaku...



Anda mahu tahu kenapa ? pergi tanya Anwar Ibrahim dan Zulkifli Nordin serta Nik Nazmi kenapa ia tidak dihebahkan dalam bentuk audio atau visual.



Terima kasih kepada AIDC kerana menolong kita memahami ucapan dalam bahasa Arab oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi tersebut.



Apa tunggu lagi mari kita edarkan video ini kepada rakyat...



Kerana mereka telah diperbodohkan oleh manusia yang begitu terdesak ini sehingga memanipulasi ucapan Ulama idola ahli PAS ( termasuk Hj Hadi ) demi kepentingan Anwar !!!



persoalan saya ; kenapa blog PAS tidak ada menyiarkan cerita ini ?



seolah oleh PAS tidak ingin mempertahankan Anwar...



Tak percaya lihat laman rasmi PAS yang membuat laporan berhubung majlis di Masjid Shah Alam itu di sini http://pas.org.my/v2/

8 ulasan:

C L J berkata...

TK Panglima: Nampaknya Syeikh Yusuf Qaradhawi telah difitnah oleh Anuar sehingga hamba pun hampir percaya. Mashaallah. Sungguhlah dosa memfitnah itu begitu besar sehingga dibandingkan sebagai lebih merbahaya daripada membunuh. Panglima tentu boleh semak ingatan hamba mengenai hadis itu.

Berani mereka menayangkan Vid itu kerana pada anggapan mereka rakyat Malaysia ini semuanya tak faham bahasa arab dan bodoh belaka.

TK. Panglima.

pembunuhiblis berkata...

Saya juga heran dengan orang-orang Pakatan Rosak (PR) dan Barisan Najis (BN) ini. Jika Yusuf Qardhawi memuji pemimpin BN, orang PR kata ucapan itu diseleweng oleh BN, jika Yusuf Qardawi memuji PR, orang BN pula kata ia diseleweng oleh PR.

Nampaknya penyokong PR memang sudah rosak manakala penyokong BN memang benar-benar najis kerana selalu melihat satu sama lain dari aspek negatif saja. Sebab itu saya selalu ulangi antara BN dan PR, sama-sama kotor, 2x5 saja!!

Tanpa Nama berkata...

bro, masalah skang, yusuf tu bukan je ckp dkt dlm masjid tu..tapi dorang siap buat meeting dgn anwar ngn pimpinan PR lain..time tulah, yusuf luahkan perasaan sebenarnya menyokong anwar...siap berjanji nk bantu anwar...

TANPA NAMA berkata...

BRO!! BACA KAT SINI..KITA JANGAN CEPAT BERASA LEGA....BAGAIMANA KALAU NANTI DEPA BETUL2 BAWAKAN BUKTI, ATAU YUSUF QARDAWI BETUL2 AKAN BERSUARA MEMBELA ANWAR, KITA YANG DAPAT MALU!...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/anwar-agen-dunia-islamanwar-talibarut.html

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5531#129903

AKU YAKIN, YUSUF TU MASIH MEMBERI KEPERCAYAAN KPD ANWAR DAN PASTI AKAN BANTU ANWAR..BELIAU SUDAH BERJANJI PADA PERTEMUAN KEDUA BELIAU DGN ANWAR DAN PEMIMPIN PR LAIN DIPUTRAJAYA!..

samagreen berkata...

Salam Pang5,

(Berikut adalah juga komen teman dlm blog YB Zul- Hormati Perbezaan Pendapat)

Jika benar apa yg didakwa bahawa Sheikh Yusuf Al Qordawi mempertahan dan membela DSAI dlm kes liwat DSAI, maka teman berpendapat bahawa beliau telah tidak bersikap adil. Keadaan ini tentunya meletakkan diri beliau terdedah kpd kritikan, tohmahan dan fitnah!! Beliau hanya berperanan sebagai peguam bela, dan bukan sebagai hakim.

Sesungguhnya Allah melaknati orang2yg suka menyebarkan fitnah (full stop)

Secara jujur teman rasa simpati dan kesian pd Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi, jika seandainya beliau telah ‘dipergunakan’.

YB mungkin bernasib baik krana Saiful dan keluarganya tidak ada apa2 pertalian saudara dgn YB, atau mereka bukan pengundi yg bermastautin di Serdang. Tetapi ni tak bermakna YB tidak mempunyai tugas berat untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan!! (bukankah itu sebenarnya maksud saranan Sheikh Al Qordawi kpd YB supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan utk mendapatkan pandangan?). Tidak beriman seseorang, sehingga ia tidak mengasihi insan yg lain sebagai saudara kandungnya sendiri.

Saiful bukan lawannya bagi DSAI, tapi DSAI perlu rasa gusar jika beliau berada di pihak yg tak benar. Saiful juga pasti amat sedar akan implikasi laknat Allah jika beliau bermain fitnah.

“wa allawis taqaamuu alat Thariiqati la asqainaahum maa-an ghadaqaa” (Jin: 16)

Do d right thing IS NOT do d thing right!!

Tanpa Nama berkata...

HidupMelayu

wajar lah tuan blog ini mengunakan nick panglima

Blog yang baik dan artikel yang berhemah sekali

teruskan perjuangan mu wahai panglima

www.bio-asli.com/daftar.asp?id=moyubi01

Unknown berkata...

SLM PANG5..JAGE2..ADE PIHAK2 YG SENGAJE NAK AMIK KESEMPATAN ATAS NAMA ISLAM LIBERAL. DIA TIBAI 2-2 PIHAK. TP BTUL KE ATAU DIA SAJE NAK MENANGGUK DI AIR KERUH UTK KEPENTINGAN INDIVIDU LAIN? HUHUHU

Awi Sg. Buaya berkata...

surat khabar semalam...... korang cari ler sendiri cerita penuh kat mstar 5/1/10
===================
Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

"Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

Cari Blog Ini

Translate