Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Mac 2010

Edisi Diraja Kelantan (Update) : Siapa punca pertelingkahan keluarga Diraja Kelantan ?



Kepulangan DYMM Sultan Kelantan pada 4 Mac 2010


Selepas isu Manohara dan Tengku Temenggung menjadi isu antarabangsa kerana melibatkan dua negara, isu tersebut disusuli dengan kegeringan DYMM Sultan Kelantan hingga terpaksa menerima rawatan di hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Isu itu terus menerima publisiti kerana dikhabarkan Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz Nik Mat bercadang membawa pulang baginda kerana kos perubatan di Singapura yang sangat tinggi di sana. Hingga kini kos telah mencecah melebihi sejuta ringgit.

Begitu juga isu panel perubatan yang menimbulkan percanggahan sehingga dikritik oleh Tengku Temenggung juga menghangatkan isu keluarga Diraja ini. Laporan panel yang dilantik Kerajaan Kelantan dikritik kerana didakwa dibuat tanpa membuat pemeriksaan ke atas DYMM Sultan Kelantan di Singapura.

Biarpun Manohara telah kembali ke Indonesia namun berbagai tuduhan telah dilemparkan ke atas suaminya. Meskipun diperintah agar kembali ke pangkuan suaminya oleh Mahkamah Syariah namun hingga sekarang bekas model tersebut tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan. Ketika tunjuk perasaan di Ambalat berhubung isu Malaysia Indonesia, Manohara turut terlibat bersama penunjuk perasaan yang lain.

Dalam masa yang sama isu isteri kedua Sultan Kelantan juga hangat dipaparkan oleh media massa. Ramai terkejut dan tidak mengetahui isteri kedua DYMM Sultan Kelantan yang mendakwa beliau dihalang dari bertemu Sultan semasa dirawat di Singapura. Kemuncaknya beliau telah diceraikan pada 12 Feb 2010 di Singapura serta telah difailkan perceraiannya di mahkamah Syariah pada 9 Mac 2010 dengan talak tiga.

Isu Majlis Perajaan juga hangat apabila Tengku Fakhry telah dipecat dari menganggotainya dan tidak dapat membuat rayuan kerana telah luput tempoh untuk merayu. Ini menambahkan lagi kemelut keluarga Diraja Kelantan dan setakat ini masih belum lagi ada tanda tanda akan reda.

Terbaru isu Setiausaha Sulit yang palsu telah didedahkan oleh Datuk Abd Halim Hamad Pengelola Istana Diraja Kelantan yang turut diikuti dengan laporan polis. Menurut kenyataan Datuk Wan Hashim Wan Daud yang didakwa Setiausaha Sulit palsu oleh beliau , semua acara keputeraan Sultan ke 60 pada 30 Mac 2010 kali ini telah dibatalkan.

Laporan penuh baca di sini http://www.utusan.com.my/



Pandangan saya : sebagai rakyat Kelantan saya melihat isu ini timbul kerana giliran seterusnya dalam kitaran Ydp Agong ialah DYMM Sultan Kelantan selepas giliran Sultan Kedah. Maka saya berpendapat pihak asing ingin mencemarkan nama baik Raja Kelantan yang bakal ditabalkan sebagai Ydp Agong selepas giliran Raja Kedah nanti. Ini berdasarkan senarai sebelum ini.

Sila lihat senarai yang digunakan dalam pemilihan Ydp Agong selama ini semenjak tahun 1954


  1. the Yang di-Pertuan Besar (or Yamtuan Besar) of Negeri Sembilan
  2. the Sultan of Selangor
  3. the Raja of Perlis
  4. the Sultan of Terengganu
  5. the Sultan of Kedah
  6. the Sultan of Kelantan
  7. the Sultan of Pahang
  8. the Sultan of Johor
  9. the Sultan of Perak



Kenapa Kelantan jadi fokus? tidak Kedah ? Sedangkan mengikut urutan Kelantan di belakang negeri Kedah ?

Ini jawapannya ( pada hemat saya ) :


1. Kerana Kelantan diperintah oleh parti menggunakan nama Islam dan Melayu sejak 1990. Kebimbangan pihak asing / kafir harbi melihat potensi Islam naik di Malaysia terutama Kelantan telah menggusarkan mereka. Maka usaha menjalinkan kerjasama oleh agen mereka dengan PAS telah berjaya hingga menyebabkan PAS telah liberal dan sanggup menyokong perbuatan kafir harbi yang menghina Islam. Akhirnya PAS sudah musnah imejnya di kalangan orang Islam dan dunia Islam hasil dari 'perkahwinan politik' yang diusahakan oleh 'wali hakim ' bernama Anwar Ibrahim.

2. Kelantan sudah ada pergeseran di kalangan keluarga Diraja dengan wujudnya pertabalan Sultan baru di Kelantan sebelum ini dan ia akan memudahkan sebarang usaha pihak yang anti sistem Raja dari dalam atau luar negara, untuk melemahkan Institusi Diraja Kelanta. Jika ini berlaku sudah tentu ia boleh menjadi contoh kepada pihak yang mahu menaikkan sistem Republik di negara kita terutama dari parti pembangkang yang jelas anti sistem pemerintahan beraja.. Ini kerana apabila imej Istana sudah rosak maka rakyat dengan sendiri akan meluat dan menolak sistem Raja diteruskan dalam negara kita. Sedangkan selama ini Institusi inilah yang menjaga hak Melayu dan Islam sehingga telah berjaya menggagalkan usaha pihak kafir harbi mencerobohnya sesuka hati.

3. Kelantan negeri majoriti Melayu terbesar dan boleh dijadikan ikon kepada negeri yang lain. Dengan mencemarkan Kelantan maka akan cemarlah reputasi Raja dan Sultan negeri lain. Kerana Kelantan adalah negeri yang majoritinya umat Islam yang dilihat tinggi keislamannya berbanding negeri lain. Bahkan ramai orang memandang tinggi orang Kelantan yang berada di luar negerinya meskipun tidak berapa alim dan warak. Ini kerana persepsi sebegitu sudah melekat dengan kuat di minda orang Melayu di negeri lain terhadap anak Kelantan.

4. Kelantan negeri digelar Serambi Mekah dan dipimpin oleh pemimpin beridentitikan Islam. Meskipun Islam versi PAS tidak sama dengan Islam sebenar, tetapi bagi sesetengah pihak mereka melihat bahawa Islam di bawah kepimpinan Nik Aziz Nik Mat telah gagal mentadbir dengan baik sehingga menjadikan institusi diraja berada dalam keadaan huru hara. Seolah olah Islam yang dibawa PAS tidak menyokong keutuhan Institusi Diraja khasnya di Kelantan. Maka ini akan menjadikan umat Islam memandang rendah kepada Istana dan tidak mustahil mereka akan menyokong jika pihak pembangkang menyeru agar dibuat revolusi menghancurkan sistem Raja di negara kita.



Maka sudahkah anda dapat meneka siapa yang menjadi punca semua ini berdasarkan pandangan di atas ?


Saranan saya, rakyat Kelantan perlu menolak PAS yang terbukti gagal menjalankan kerja pemerintahan dengan baik sehingga krisis keluarga Diraja ini gagal diselesaikan.


Mereka jugalah yang gagal menghadap Sultan sepanjang hampir 10 bulan dirawat di Singapura hingga melukakan hati keluarga Diraja.

Mereka juga gagal menguruskan kewangan negeri dengan baik sehingga tunggakan rawatan dikhabarkan melebihi RM 1 juta ringgit.


Nik Aziz juga gagal menghadirkan diri menyambut kepulangan Sultan Kelantan dan salahkah kita panggil dia 'penderhaka' ?.


Alhamdulillah Perdana Menteri dan isteri juga yang sanggup meluangkan masa melawat baginda semasa dirawat di Singapura.

Ternyata PM membuktikan bahawa beliau lebih menghormati institusi Raja melebihi Nik Aziz yang tidak menghormatinya.


8 ulasan:

Rakyat Berilmu berkata...

" Tengku Fakhry telah dipecat dari menganggotainya dan tidak dapat membuat rayuan kerana telah luput tempoh untuk merayu. "

Fakta salah !!

Sebaliknya Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk membicarakan kes ini kerana ia adalah kuasa mutlak Pemangku Raja berdasarkan Perlembagaan Tubuh Negeri yang Mahkamah tak boleh campur.

Rujuk : http://berita.mediakini.com/utusan-malaysia/keputusan-pemangku-raja-kelantan-tidak-boleh-dicabar-mahkamah-tinggi.html

" Menurut kenyataan Setiausaha Sulit Datuk Wan Hashim Wan Daud yang didakwa palsu oleh Setiausaha Sulit sekarang Datuk Abd Halim Hamad, semua acara keputeraan Sultan ke 60 pada 30 Mac 2010 kali ini telah dibatalkan. "

Ini pun fakta salah !!!

Dato Abdul Halim adalah Pengelola Istana DiRaja. Dia bukannya SU Sulit. SU Sulit Sultan telah lama tiada (kosong) dan tidak akan ada SU Sulit selagi tidak disahkan oleh SPN. Lagipun SU Sulit tiada kuasa mengeluarkan kenyataan. Hanya Pengelola Istana DiRaja yang layak berbuat demikian.

" Kenapa Kelantan tidak Kedah ? Sedangkan mengikut urutan Kelantan di belakang negeri Kedah ? "

Apa kamu mengarut nih ?

Pemilihan YDPA adalah atas giliran yang pertama kali diasaskan dengan undi Majlis Raja2. Setelah itu ia menjadi kitaran. Tengok sejarah dulu pun memang Kelantan selepas Kedah. Mana ada Kelantan DI BELAKANG negeri Kedah. Senarai yang kamu tunjuk inipun dah terlajak jelas. Karut apakah kamu mainkan ini ?

Kamu rakyat Kelantan kenapa boleh tak tau semua ini ? Maka selayaknya pandangan kamu tidak wajar dikeluarkan apatah lagi didengari ..

Jangan hanya terikut2 dgn emosi dan sentimen tertentu.

Kajilah dulu !!

Barulah layak nak bela negara pun !

najamarine berkata...

sorry bro...tak faham dengan kronologi giliran sultan dengan tajuk topik di atas..

terlalu jauh berbandingan tu...tapi kalau huru hara tu memang sedia maklum rakyat dah bole pikir siapa dalangnya...

Panglima Perang Cyber berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Panglima Perang Cyber berkata...

maksud saya di belakang kedah iaitu dari segi kitarannya. Jika tidak tepat saya mohon maaf.

kerana berbanding Kedah negeri Kelantan lebih sinonim dengan Melayu dan Islam berbanding negeri lain.

Isu pemecatan Tengku Fakhry juga adalah isu peribadi raja dan saya tidak ingin menyentuhnya kerana ia sudah diselesaikan oleh Mahkamah Tinggi.

saya ingin membangkitkan isu ini samada adakah yg terjadi sekarang ini rancangan pihak asing untuk memburukkan institusi Raja di negara kita ?

dengan satu persatu isu telah dimainkan dengan puncanya antara lain adalah dari model indonesia manohara.

saya bimbang ia didalangi pihak asing untuk menjatuhkan nama baik institusi raja.

apatah lagi selepas ini giliran akan diikuti oleh Raja Kelantan selepas Raja Kedah.

ini pandangan saya untuk dibahaskan bersama untuk menjaga institusi Raja kita agar terus utuh..

taipingcentral_harapan melayu berkata...

Perpecahan umat islam di malaysia khususnya timbul dan berlarutan kerana perbezaan pendapat dan fahaman politik.Akibatnya timbul penentangan dan ketidaktentuan yang menjerumuskan kita untuk bertelagah sesama sendiri.

Apa faedahnya kita berbalah sesama sendiri? apa yang kita hendak kejar ? apa yang kita nak cari ?.Apakah mereka yang sudah mewah, rezeki melimpah ruah masih lagi menganggap diri mereka miskin ?Kenapa para ulama sama ada di dalam bukan kerajaaan tidak boleh bersatu ,tidak boleh bermuafakat demi kebaikan bersama.

Islam itu adalah milik muslim,sama ada orang itu ahli politik,pemimpin negara,pemimpin masyarakat,sama ada dia berkulit putih atau hitam,artis,polis,tentera dan blogger jalanan ( macam saya ni!!).Jika dia muslim,maka islam itu adalah haknya dan miliknya dan semua muslim wajib menjaganya bersama.

Sejarah menerangkan para iman mazhab kita pun berselisih pendapat dan pandangan.Walau pun begitu iman-iman mazhab tidak pernah menyalahkan atau menghina antara satu sama lain,sebaliknya saling menghormati dan sama-sama menyumbang dalam mengembangkan islam.Hadis juga tidak melarang kita berbeza pendapat tapi melarang kita berpecah belah.

Ada baiknya tokoh agama di negara kita sama ada di dalam atau luar kerajaan menghentikan perbalahan dan pertikaian yang telah lama berlarutan dan tidak memberi faedah kepada muslim islam di malaysia dan merugikan kita sendiri,sebangsa dan seagama.

Ketegangan yang ada jangan diburukkan lagi bahkan persamaan dan penyelesaian yang harus kita cari,bukannya perbezaaan yang patut kita besar-besarkan.

Yang menjadi persoalannya Puak Pakatan Ranjang ni masih tak sedar, masih tak mau fikir dan masih tak mahu kaji yang mereka ni dikuda-kudakan oleh bangsa yang mahu Islam terbalik. Nauzubillah..

Pendapat TC, apa2 kes yang terjadi di Institusi Raja, apa2 hal yang mendukacitakan kita yang berlaku dalam institusi Raja, biarlah.. Mereka punya cerdik pandai yang mampu menyelesaikan masalah.

Kita sebagai rakyat mesti berganding bahu menjadi benteng Institusi Beraja ini kerana TANPA RAJA, TANPA SULTAN DITANAHAIR KITA PASTINYA MEMBAWA KEHANCURAN BANGSA MELAYU..

TIDAK ADA KEMENAGAN TANPA KEKUATAN.TIDAK ADA KEKUATAN TANPA KESATUAN DAN TIDAK ADA KESATUAN TANPA SILATURAHIM…

Tanpa Nama berkata...

Melayu Malaysia nampak sangat lemahnya mereka umpama buih di lautan hinggakan perlu ada Institusi Beraja untuk menjaga dan membela mereka......kenapa teruk sangat pemerintahan oleh pemimpin Melayu di Malaysia? Adilkah duk saja(tak payah buat kerja) dapat duit beribu-ribu setiap bulan?
Allah marah atau tidak kepada orang yang dapat duit rakyat berjoli sana sini dan berboros hasil titik peluh rakyat???

Panglima Perang Cyber berkata...

Anon : setiap sesuatu kena ada tonggak. Dan tonggak bangsa Melayu dan Islam adalah Ulil Amri iaitu Raja..

Mereka telah bersumpah semasa menaiki takhta akan menjaga dan mempertahankan Islam dan bangsa Melayu.

Soal terima duit tiap bulan tidak menjadi soal kerana negeri adalah milik Raja yang patut memberikan imbuhan kepada pemiliknya.

lelaki tulen berkata...

Raja melayu adalah benteng terakhir orang kalau yang itu pun kita sebagai orang melayu nak musnahkan tak gunalah jadi bangsa melayu.
Berdirinya melayu kerana rajanya,tumbangnya melayu kerana menderhaka.

Cari Blog Ini

Translate