Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Oktober 2010

Lagi Gempar : Siti Nurhaliza marah Azmin Ali 'sungkurkan' Tun Mahathir ????

  1. Azmin Ali telah 'sungkur'kan Tun Mahathir secara berkias dalam ucapannya semasa pemilihan PKR Cabang Gombak Ahad lalu. Ucapan yang 'gagal' lagi 'lemah' itu telah  dibuat di hadapan perwakilan yang kosong dan lengang seperti anda semua baca dalam Utusan Malaysia semalam.
  2. Kemudian Azmin Ali telah dibidas oleh TPM yang menyifatkan ucapannya sebagai tidak wajar di sini. Panglima melihat Azmin Ali sebagai 'gila publisiti' dan 'jahat' apabila mengutuk bekas Perdana Menteri yang terlantar di hospital dengan menggunakan perkataan 'tersungkur' dalam ucapannya.
  3. Azmin Ali kemudiannya diserang budak Felda yang mengkritik tindakannya menghina negarawan berjasa kepada negara ! Alhamdulillah perasaan hormat kepada orang tua dan berjasa besar masih tebal di sanubari anak muda Felda generasi kedua hari ini.
  4. Adakah serangan kepada 'orang tua' yang berumur dua kali ganda dari dirinya disebabkan Tun M tanpa belas kasihan telah memecat abang kesayangannya pada1998 lalu menghumban mereka berdua ke 'lembah kesusahan' yang panjang selain derita menanggung malu akibat   kisah 'gelapnya' bersama Anwar yang terbongkar selepas itu menjadi punca dendam kesumat tidak berkesudahan beliau kepada bekas Perdana Menteri tersebut ?
  5. Azmin Ali sebenarnya tidak patut sama sekali melepaskan kemarahan kepada 'insan mulia' yang patut dihormati apatah lagi dengan jasa, umur dan ketokohan Tun M di Malaysia dan dunia Islam dari dulu hingga sekarang. Jangan lupa jasa Tun M lah yang menjadikan kita warga Malaysia sangat perihatin dengan nasib rakyat Palestin dan juga rakyat negara lain yang tertindas di negara mereka seperti Bosnia. Tindakan Tun M memecat Anwar adalah disebabkan masalah moral beliau temasuk hubungan luar biasanya dengan Amerika.
  6. Ekoran itu Azmin juga telah dimarahi oleh Noorhaliza dari Permatang Pauh yang mempersoalkan siapa Azmin Ali untuk hina Tun Mahathir. Jangan kita lupa barangkali ini boleh jadi cubaan Azmin untuk menutup isu 'perang saudara' dalam PKR yang menyaksikan kerusi berterbangan dan patah dan ramai cedera ditumbuk kerana tidak puas hati dengan keputusan dan proses pengundian di cabang mereka.

Baca luahan penuh emosi seorang wanita yang amat marah dengan kenyataan Azmin Ali yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di sini http://www.utusan.com.my/ 

Siapa Azmin Ali mahu hina Dr. Mahathir?

BUKAN setakat sakit hati malah terasa seperti dipanah petir mengetahui kedangkalan ilmu 'politik' si Azmin Ali yang menyamakan dirinya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tidak maju lagikah negara kita seperti dakwaannya? Berapa lama Tun memegang tampuk pemerintahan sehingga kita mencapai apa yang kita ada hari ini.

Nak kata bodoh, tapi mengaku duduk dalam politik sudah 26 tahun. Selama 26 tahun menjadi pengikut sedia DSAI, apa yang sudah dia kecapi?

Apakah kemajuan yang dia bawa? Siapalah si Azmin Ali ini jika hendak dibandingkan dengan Tun?

Kesenangan dan kemudahan yang dia kecapi hari ini juga adalah dari apa yang dibawa oleh Tun.

Sayang seribu kali sayang, berilmu tapi pendek akal dalam menilai. Kita lihat siapa yang "tersungkur" nanti.
Memperkotak-katikkan bangsa sendiri demi cita-cita politik. Tiada galang ganti Tun yang berjuang demi bangsa dan negara tetapi politik hari ini, demi poketku, dan kerusi empukku!

Malas bercakap pasal politik, tetapi dek kerana hina Tun, rasa seperti ditikam, duri dalam daging begitu bersepah hari ini.

NOORHALIZA
Permatang Pauh.





APA KOMEN ANDA ???




nota : baca juga laporan polis oleh Penolong Pengarah BTN Encik Hamim Husin ( bukan Timbalan Pengarah)  terhadap wartawan tidak beretika dan kurang ajar yang menyelit program Puteri Umno iaitu  Boo Su Lyn di sini http://www.utusan.com.my  dan sini http://www.malaysiakini.com/news/   

2 ulasan:

Bahtera Merdeka berkata...

Tuan,
Saya telah link blog tuan dlm entry saya.

Wake UP! berkata...

Azmin Ali telah menunjukkan ketidak cerdikannya dengan menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang negarawan ulung yang dikenali di seluruh dunia.

Who the hell are you to condemn Tun when you would sell yourself and your own wife to your boss?

Cari Blog Ini

Translate