Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 November 2010

Gempar : Dr Asri tarik balik kenyataan desak Anwar berundur satu perancangan bersama Pakatan Rakyat ???

gambar Dr Asri ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah


Ini tulisan seorang blogger pembangkang bernama Anak Sungai Derhaka bertajuk : Akhirnya Dr Asri akur

Tulisan beliau lebih kepada membela Anwar dan menunjukkan Dr Asri merubah pandangannya selepas dikritik hebat oleh fanatik Anwar. Pendirian Asri itu disiarkan di FB beliau di sini http://www.facebook.com/ 

Kisah Asri kritik Anwar agar berundur telah disiarkan secara meluas oleh media samada Utusan atau Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/147451




Saya enggan memberi komen adakah patut atau tidak saranan Dr Maza agar Anwar berundur ataupun benarkah persepsi Dr MAZA dah berubah pandangannya atau tidak kerana ditekan kiri kanan oleh YB yang rapat dengannya - kepada tuan puan.

Satu saja lintasan hati saya iaitu adakah ini satu cara membolehkan Anwar berundur dengan terhormat ? Iaitu dengan memenuhi desakan oleh seorang tokoh agama bernama Asri lalu menjadikan Asri lebih tinggi gemilangnya di kaca mata rakyat?

Bagi saya jika Tan Sri Harussani mendesak Anwar berundur ia tidak ada makna kepada politik tanah air kerana TSH bukan orang bercita cita politik seperti Asri. Tetapi jika keluar desakan berundur dari seorang ahli agama pro wahabi kepada tokoh pembangkang yang sudah kepupusan idea untuk mengelakkan dipenjara, maka saya merasa sangat curiga.

Dalam sejarah telah menunjukkan bagaimana ahli kitab yang menjual akhirat dengan dunia sudah banyak diceritakan oleh Allah... Mereka ini menjadikan ayat ayat Allah sebagai modal untuk kesenangan dunia. Versi Nik Aziz sudah berlaku dan adakah versi Asri mungkin sedang menunggu gilirannya?

Teringat kisah ahli agama di Mekah bernama Muhamad Abd Wahab tokoh wahabi yang dipergunakan oleh British untuk runtuhkan Empayar Uthmaniyyah yang difitnah membazir dan zalim serta tidak adil...http://abu-syafiq.blogspot.com/   dan sini http://ustazmoden.wordpress.com/ 


 Adakah tokoh agama juga sedang diperalatkan di Malaysia untuk tujuan yang sama seperti mana mereka jatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah  ? Persamaan mereka ialah Dr Asri sama dipulau oleh majoriti Ulama SUnnah kerana pendapatnya yang sangat kontroversi seperti Muhammad Abd Wahab di Mekah....


Teringat saat kejatuhan Empayat Uthmaniyyah sama waktunya dengan Malayan Union cuba diperkenalkan di Malaysia yang bertujuan untuk meruntuhkan kuasa Sultan Melayu Islam...


Fikirkanlah wahai sahabat sekelian....

Gambar Agenda Daily http://www.agendadaily.com/


tambahan : sila baca pertelingkahan pemimpin PKR antara Mustafa Kamil dan Saifudin Nasution tentang dakwaan Umno dalang kegawatan pemilihan PKR http://mstar.com.my/ dan kisah keributan pemilihan PKR di sini  http://www.mstar.com.my/  dan sini http://www.bharian.com.my

Lihat juga gambar majlis meraikan kejayaan Red Warrior memenangi Piala Malaysia bersama DYMM Sultan Muhammad V  semalam di Kelantan




Gambar Piala Malaysia dipersembahkan kepada Sultan Kelantan 

3 ulasan:

Kama Irahsa berkata...

saudara,

membaca status di fb Dr. Asri, jelas kelihatan beliau hanya bersifat sarkastik. sama seperti Tun Mahathir mengaku beliau menzalimi anwar..heheh..

janganlah straight forward sangat..

KHAIRUNNIDA YAAKOB (0195715472) berkata...

bahasa sindiran tu bro...kena baca betul-betul.. macam budak-budak pula la PR ni

Unknown berkata...

Dr Asri ni pada aku ibarat lalang. Dia tidak tetap atas pendapat dan hujah yang dikeluarkan. Kerana hujah yang dikeluarkan terpaksa dilandaskan kepada 2 fahaman yang mungkin dipegangnya iaitu As-Sunnah dan Wahabi. Disebabkan inilah konflik sering kali timbul dan disalah tafsir oleh puak yang jumud dari hukum fekah dan tauhid. Sebab itu di Malaysia para ulama menetapkan bahawa kita mengikut as-sunnah wal-jamaah.Kalau tidak maka akan jadi kucar kacir seperti mana Nik Ajis sekarang ini yang berlandaskan kitab yang berbagai Mazhab. Hari ini fatwa lain, besok lusa fatwa lain, dan ada fatwa yang bertentangan antara satu sama lain. Maka persoalan akan timbul bagi puak pengikut yang bengong dan jumud dari segi ilmu. Sampai ke peringkat "Kita boleh makan Tupai". Boleh ke tak beloh ni?????... Hujah berdasarkan aqli dan tidak berlandaskan Fekah, Nas dan Hadis.

Wallahualam.

Cari Blog Ini

Translate