Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Februari 2011

Cubaan Memburukkan Kerajaan dan Memuji PMRAM Oleh Blogger PAS Tulang Besi !!!

Selepas didedahkan tindakan sabotaj Pakatan Haram usaha suci Malaysia menyelamatkan rakyatnya di Mesir, pagi ini Panglima bertemu sendiri blog yang memang dikenali pro Pakatan bernama Malaysia Waves ditulis oleh ANonymous Blogger bergelar Tulang Besi yang memburukkan nama baik Kerajaan kita.

Cubaan tidak langsung untuk menaikkan nama PMRAM dilihat satu tindakan halus bagi menaikkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan selepas PAS gagal memberi bantuan selayaknya kepada rakyat Malaysia di sana. Cerita yang tidak disahihkan cuba dibawa ke dalam minda rakyat walhal kita percaya ia tindakan tidak wajar oleh seorang blogger yang menyokong parti Islam.


Pakatan juga hingga kini dilihat berdiam diri tanpa membuat apa jua tindakan yang positif untuk membantu rakyat Malaysia di Mesir walhal mereka mengaku mereka memperjuangkan rakyat.

Adakah kerana Melayu dan Muslim di Mesir menyebabkan DAP PKR tidak mahu membantu mereka ?

Adakah kerana itu puncanya ?




Jelas sekali samada PAS PKR DAP tetap tidak sama kata-kata mereka berbanding yang dilaksanakannya. Mereka bertempik atas pentas untuk membela rakyat tetapi menyepikan diri melihat rakyat kita trauma akibat huru-hara di Mesir.

Tidak cukup dengan itu mereka cuba pula mensabotaj tindakan kita membantu rakyat dengan menyebarkan sms mendesak agar jangan keluar dari Mesir kerana perbelanjaan pulang ke Malaysia tidak ditanggung kerajaan.

Hingga sidang akhbar khas dibuat untuk menafikan khabar angin palsu tersebut.


Apa lagi kita nak kata ?

hapuskan Pakatan ROsak ini dari bumi Malaysia dan adalah jelas 'haram syarie' menyokong pakatan berasaskan kepentingan peribadi meskipun bernama Pakatan Rakyat ini.

Hingga kini semua kata-kata mereka adalah pembohongan, fitnah dan propaganda palsu untuk menipu kita. Haram syarie sesiapa membantu Pakatan Rosak ini kerana mereka berjuang untuk merosakkan kita dan negara kita.

Klik link ini untuk membaca tulisan TB

http://www.malaysiawaves.com/2011/02/kesah-special-branch-mesir-menyiksa.html


berita terbaru dari mesir klik sini

http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/02/terkini-dari-cairo-khemah-penghantaran.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate