Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Mac 2011

Catatan di Merlimau : Jentera BN bekerja keras demi kemenangan besar !!!

Semalam Panglima sempat menjelajah kawasan Merlimau untuk meninjau dari dekat perkembangan terkini di sana. Tempat pertama ialah bilik gerakan BN di Merlimau Pasir. Semangat kerja yang ditunjukkan perlu dicontohi oleh semua jentera parti yang lain. Panglima juga sempat merakam video dengan En Akramuddin Hj Abd Aziz Naib Ketua Pemuda Kota Melak yang datang dari Umno Kota Melaka dan menjadi keluarga angkat Merlimau Pasir turut berada di bilik gerakan tersebut. Beliau telah menceritakan perkembangan terkini PRK Merlimau. Lihat juga gambar rakan kita sedang bekerja keras untuk memastikan kemenangan berganda akan diraih 6 Mac 2011 nanti. Maaf kualiti kamera 'cap ayam' menyebabkan gambar kurang memuaskan. Tengah tunggu 'durian runtuh' beli kamera baru.

En Akramuddin Hj Abd Aziz 










Seterusnya Panglima beredar menuju Bilik Gerakan Barisan Nasioanl Permatang Serai untuk mengikuti ceramah Tan Sri Isa Samad. Kupasan tentang isu negara Islam, Nik Aziz meroyan, kisah Anwar dalam kerajaan berjaya disampaikan dengan begitu menghiburkan sehingga hadiri tidak berganjak sampai ceramah tamat. Ribuan penduduk hadir dan kereta terpaksa parking jauh dari lokasi ceramah. Turut hadir sama Lokman Adam.  

Video Akramuddin dan ceramah Tan Sri Isa Samad Adun Bagan Pinang akan diterbitkan sebentar nanti. 



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate