Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 April 2011

Cukai Tanah : Kerajaan PAS Kedah Tolak lima kali rayuan UUM - Khaled Nordin








KUALA LUMPUR 21 April - Tindakan kerajaan Pas Kedah menolak lima kali rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyambung semula pemberian rebat cukai tanah menggambarkan sikap sebenar kepimpinan negeri itu dalam memberi sumbangan ilmu kepada rakyat.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institusi pengajian tinggi merupakan satu keperluan untuk rakyat dan ia perlu dipastikan terus beroperasi.

Dalam konteks itu jelasnya, Kerajaan Pusat sedaya upaya memberi bantuan supaya UUM dapat bergerak serta diuruskan dengan baik dan kini tiba giliran kerajaan negeri memberi sedikit bantuan.

"Kalau kerajaan Pas Kedah tidak mahu (bantu), kita hendak buat macam mana, tetapi kita tahulah sikap dia (kerajaan Pas Kedah). Kita tidak minta banyak, cuma sumbangan mereka untuk memberi ilmu kepada rakyat. Ini ujian kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 24 kakitangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, kementerian memberi peruntukan sebanyak RM300 juta setahun kepada universiti itu bagi membiayai segala keperluan dan perbelanjaan pengurusannya.
Justeru itu katanya, penyelesaian rebat cukai tanah itu tidak harus dibebankan kepada Kerajaan Pusat kerana perkara itu adalah antara universiti tersebut dengan kerajaan negeri.

"Ini soal UUM yang kena bayar (cukai tanah) kepada kerajaan negeri, bukan bererti boleh diberi tanggungjawab kepada Kerajaan Pusat. Soalnya sekarang sama ada kerajaan Pas Kedah hendak beri (rebat) atau tidak," jelas beliau.

UUM semalam sudah menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memohon menyambung semula pemberian rebat cukai tanah.
Surat itu meminta kerajaan negeri menimbang agar cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada 2008 dilanjutkan lagi demi kepentingan kedua-dua pihak.

UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat iaitu dua kali pada 2009 dan tiga kali pada 2010, namun kesemuanya tidak dilayan.


gambar : Mohamed Khaled Nordin bermesra bersama para penerima sijil pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi Kelayakan Malaysia 2010 di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin






Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate