Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Julai 2011

Al Fatihah - Anak Bekas Ketua Muslimat PAS Meninggal Di Australia - Harakahdaily


Anak Nuridah meninggal di Cape Town

Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh (gambar) di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas kira-kira sebulan menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani ibu dan bapanya, Haji Azmi.
Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.


Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hambaNYA yang soleh," kata kenyataan itu.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4161-anak-nuridah-meninggal-di-cape-town



Panglima : setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang berkuasa pasti akan dicabut kuasanya. Setiap yang bernyawa pasti dicabut nyawanya. Setiap dari kita juga akan menemui Allah Maha Esa satu hari nanti. Mari kita bersedia dan bermuhasabah diri dan banyakkan amalan nawafil mengganti kekurangan amalan harian.







Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate