Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Julai 2011

Pakatan Biadap Hina Titah YDP Agong Di Twitter !!!











Kecewa dengan titah dan perintah daripada DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan di dalam perutusan Baginda mengenai BERSIH 2.0 semalam, juak-juak, barua-barua dan penjilat Ambiga mula melaungkan hinaan dan cercaan ke atas Seri Paduka Baginda. 

Kami Rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi kedaulatan Raja-Raja MELAYU sentiasa menjunjung perkenan titah dan perintah Seri Paduka. Kami juga akan sentiasa berada di barisan hadapan mempertahankan institusi Raja-Raja MELAYU dari diserang oleh individu atau organisasi yang ingin menjadikan Malaysia sebuah republik. 

Kami menyeru dan meminta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan yang perlu secara tegas ke atas petualang-petualang negara seperti di atas. 

Sehubungan dengan itu, hari ini pada pukul 2.00 petang, YDP 1Agenda, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) termasuk beberapa individu lain akan membuat laporan polis berkaitan penghinaan yang dilakukan ke atas YDP Agong. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.





Tindakan ini jelas menunjukkan Pakatan sudah tersepit lantas menyerang tonggak negara kita iaitu YDP AGONG yang menitahkan agar dijauhi perhimpunan BERSIH 9 Julai nanti atas alasan membawa mudarat. Titah khas yang disiarkan semalam perlu dihormati semua pihak dan jangan dihina titah baginda sedikitpun demi kebaikan negara kita.

Apakah kita sanggup biarkan perkara ini berleluasa tanpa kita menghalangnya ?


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate