Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Oktober 2011

HIMPUN Dijauhi PASPKR Kerana Anwar Sokong Murtad ???

Himpunan Sejuta Umat ( HIMPUN ) anjuran NGO pada 22 Oktober ini yang turut disokong oleh berbagai persatuan dan kelab sukan untuk agenda menentang gejala murtad, sudah pasti tidak akan disertai oleh PAS PKR seperti laporan berita Malaysiakini di sini. Alasan yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen semalam ialah semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti tersebut.


Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah" itu adalah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO), NGO Islam, institusi pendidikan, warga korporat, kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa badan lain.

Ketika HIMPUN yang diketuai orang Islam, berbeza dengan BERSIH yang diketuai Ambiga beragama Hindu, maka alasan penarikan diri PASPKR dari himpunan yang mensasarkan sejuta umat Islam Sabtu ini untuk menentang gejala murtad amat diragui. Ini kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga telah mengesahkan HIMPUN bukan satu tunjuk perasaan seperti BERSIH 2.0 dan penganjur juga telah mendapat kebenaran untuk melaksanakannya di Stadium selain membuat akujanji untuk menjaga ketertiban.

Pelik ketika demo haram BERSIH 2.0 PAS sanggup pula mengerahkan jentera Unit Amal dari seluruh negara untuk sertainya. Tetapi untuk HIMPUN kali ini, PAS tidak sanggup berbuat perkara yang sama. Sila klik sini dan juga sini jika anda tidak percaya. 

Kenyataan Presiden PAS (klik sini) menolak menyertai program HIMPUN atas alasan bahawa 

 " program itu tidak melibatkan parti-parti politik dan oleh itu, Pas mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

sangat  sukar untuk diterima. Sila lihat kenyataan Pengerusi HIMPUN yang mengalu-alukan kehadiran semua pemimpin parti politik menjayakan perhimpunan aman di Stadium Shah Alam tersebut.



Apakah pendirian PASPKR ini membuktikan bahawa mereka memang tidak serius dengan usaha NGO untuk membendung gejala murtad demi menjaga pengundi bukan Islam agar tidak lari dari memberi sokongan ? Ke manakah hilangnya taring PAS sebagai parti Islam untuk berada di saf hadapan perhimpunan SEJUTA UMAT ini ?

Inilah akibatnya apabila undi diutamakan, agama diperalatkan dan kebenaran didiamkan. Jika perhimpunan ini dianjurkan oleh UMNO sudah tentu kita tidak ada masalah menerima alasan penarikan diri mereka dari menyertainya tetapi apabila sebuah NGO setaraf dengan BERSIH, lagi berugama Islam bukan Hindu menganjurkan himpunan ini kenapa masih ada alasan PASPKR untuk menjauhkan diri daripadanya?

Apakah masih ada rakyat berugama Islam yang terus berharap PASPKR dapat menjaga agamanya dengan membaca alasan di atas ? Pasti tidak ada lagi harapan sebegini akan tercapai kerana pertimbangan Pakatan PASPKRDAP sekarang adalah jelas iaitu untuk undi rakyat, lebih besar dari keredhaan Allah Taala yang tidak menerima gejala murtad. 

Sebelum beredar mari kita tonton video temuramah Anwar dengan BBC tentang isu murtad Lina Joy yang dipersetujui olehnya.




Berita penuh tentang HIMPUN akan diteruskan tanpa PAS dalam Utusan Malaysia hari ini seperti di bawah :



Himpun diteruskan tanpa Pas

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my






KUALA LUMPUR 19 Okt. - Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan meneruskan perhimpunan mempertahankan akidah umat Islam di Shah Alam, Sabtu ini walaupun Pas membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.

Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, pihak sekretariat akan mengumpulkan seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.

Sesungguhnya beliau berkata, dorongan perhimpunan itu bertitik-tolak daripada keprihatinan terhadap amanah dan tanggungjawab kepada Allah atas kepentingan akidah tauhid yang satu dan bukan menyentuh untuk kepentingan mana-mana parti politik.

''Namun begitu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan. Oleh itu, kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik supaya turut serta dalam perhimpunan ini.

''Kami benar-benar mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan oleh Himpun ini berkaitan dengan persoalan mempertahankan akidah umat Islam daripada tergugat, pada masa sama mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini bagi mengulas keputusan Pas untuk tidak terlibat di dalam program Himpun Sabtu ini.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya telah dimaklumkan bahawa program itu tidak melibatkan parti-parti politik dan oleh itu, Pas mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

Mengulas lanjut Azmi berkata, di dalam perhimpunan itu pihaknya mahu menyampaikan mesej bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama.

Satu lagi mesej jelas beliau, ialah mengenai penegasan berhubung larangan menyebarkan dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam yang sepatutnya dihormati dan tidak dicabar.

''Melalui perhimpunan ini kita juga mahu menyampaikan mesej supaya semangat perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama perlu dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan,,'' ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, keengganan Pas menyertai perhimpunan itu membuktikan parti tersebut berkiblatkan kuasa semata-mata.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai talam dua muka, beliau turut mendesak Pas supaya membuat pertimbangan untuk kembali ke pangkal jalan semula dengan menyertai perhimpunan ini.

"Tindakan Pas seolah-olah menolak realiti wujudnya cabaran keruntuhan akidah umat Islam yang berleluasa di negara ini.

"Kenapa Pas menggadai prinsip asas agama ini? Adakah mereka (Pas) melihat kuasa politik itu lebih besar daripada perjuangan mendaulatkan agama? Adakah menjaga hati rakan-rakan pembangkangnya lagi penting?'' soalnya.

Tambah Ahmad Zaki, sepatutnya Pas dengan imej Islamnya berada di barisan paling hadapan bagi menangkis gejala murtad dan bukannya bertindak mengecewakan masyarakat Islam kerana enggan terlibat.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yakin perhimpunan itu akan menerbitkan nilai-nilai positif di kalangan penganut agama lain terhadap Islam.

''Melalui perhimpunan ini kita akan mengingatkan mereka supaya menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bukannya bertindak mencetuskan ketegangan agama,'' katanya lagi.



Kemaskini terakhir : 7.00 am


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate