Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 November 2011

ARTIKEL DALAM BLOG YANG MENYOKONG AUKU-SEBARKAN

Bahan di bawah dari blog Sarfa MS http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/


AUKU Ohhh AUKU...

Sebentar tadi, blog ini ada terima sebuah artikel yang dikirimkan melalui emel. Ia berkaitan AUKU yang khusus untuk para mahasiswa di IPT.

Jom kita baca dan kaji apa kata mahasiswa yang menggelarkan dirinya sebagai "MAHASISWA PRIHATIN" dari Kuala Lumpur nie.

Walau bagaimanapun, penulis blog tidak bermaksud bahawa penulis tidak menyokong keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 lalu. Penulis memang akur dan menghormati serta menerima keputusan itu atas keperluan menghormati Perlembagaan Malaysia.

Bagi penulis, keputusan Mahkamah Rayuan harus dihormati dan diterima. So, seandainya Seksyen 15 AUKU itu terpaksa dimansuhkan, maka pesan penulis ialah "bersiap sedialah" hehehe...


~ SARFAMS

***************************************************************************

AUKU : LIHAT DARI SUDUT POSITIF

Ada yang melihat dan bersuara bahawa Seksyen 15 AUKU adalah suatu seksyen yang begitu menekan dan mengongkong para pelajar di IPT untuk terlibat dalam politik di luar kampus.

Ya, mungkin ada kebenarannya di situ. Tetapi adakah ramai yang cuba menyingkap kenapa AUKU menghalang para pelajar di IPT untuk terlibat dalam politik kepartian di luar kampus?

Adakah ramai yang mengetahui bahawa para pelajar ini sebenarnya boleh menyertai ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti ilmuan yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik sebagai suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan keilmuan mereka? Mereka hanya tidak dibenarkan untuk menunjuk simpati dan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Antara sebab mungkin kenapa Seksyen 15 dan keseluruhan AUKU itu dibentuk khusus kepada para pelajar IPT dan kakitangannya di kampus adalah bagi tujuan untuk membela dan menjaga nasib para warga kampus terutama para pelajar. Sebagai contoh mudah, sekiranya para pelajar diberi kebebasan untuk menyertai parti politik secara langsung, dan mereka terlibat dalam mana-mana tindakan disiplin parti yang memerlukan denda berupa wang ringgit, maka siapa yang harus membela mereka sedangkan para pelajar ini masih belum mempunyai pendapatan sendiri? Malah kebanyakan dari mereka pula hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk belajar di IPT untuk tempoh masa 3 hingga 5 tahun.

AUKU juga berperanan sebagai suatu 'punca kuasa' untuk mengalakkan para pelajar bergiat aktif dalam kampus berbanding sibuk aktif dengan aktiviti-aktiviti parti politik di luar. Sekiranya para pelajar ini diberi peluang untuk menyertai politik kepartian, maka sudah pasti masa, wang dan tenaganya akan terpaksa dihabiskan untuk parti politik yang disertainya di luar kampus.

Kesibukan menyertai dan memegang jawatan dalam parti politik ini akhirnya telah menyebabkan masa belajar mereka akan digunakan untuk kepentingan parti, duit kocek yang ada dalam simpanan juga terpaksa dibelanjakan untuk survival politiknya dalam parti dan pastinya tenaga serta keringat harus dibahagikan antara belajar, komitmen dalam kampus dan komitmen dengan parti politik.

Seksyen 15 AUKU juga berperanan secara halus untuk membantu dan memastikan para pelajar agar lebih peka dan memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajarannya di IPT. Sekiranya para pelajar ini asyik sibuk siang dan malam dengan aktiviti parti politik tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, maka ruang waktu yang ada pada dirinya semakin terhad. Ini tidak mustahil akan menyebabkan para pelajar itu ponteng kelas dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Ditambah lagi dengan tekanan yang dihadapi dalam organisasi parti politik, maka para pelajar tersebut sudah pasti akan hilang kosenterasinya terhadap pengajian. Akhir sekali yang menjadi mangsa dalam perkara ini adalah pelajar itu sendiri, mana mungkin kepimpinan parti politik itu akan membantu pelajar tersebut untuk lulus dengan cemerlang dalam pelajarannya.

Kita tidak bercakap lagi soal perpecahan di dalam kampus sekiranya para pelajar dan kakitangan IPT diberi kebebasan untuk menyertai secara aktif mana-mana parti politik. Cuba bayangkan sekiranya setiap pentadbiran, dan ahli akademik dibolehkan untuk bergiat aktif dalam parti politik, sudah pasti mereka akan mengambil peluang yang ada untuk menguatkan parti dan pengaruhnya.

Sekiranya seorang pensyarah itu seorang Ketua Bahagian sebuah parti, adakah beliau tidak mempunyai perasaan was-was dan dendam terhadap pelajarnya yang mempunyai jawatan yang sama tetapi dari parti lawan? Siapa yang boleh beri jaminan bahawa pensyarah itu tidak akan menggunakan kuasa dan kedudukan yang beliau ada untuk mengagalkan atau memberi tekanan terhadap pelajarnya yang 'setaraf' dengannya dalam dunia politik kepartian? Adakah seorang Naib Canselor mampu duduk selesa sekiranya Timbalan Naib Canselor dan pegawai di bawahnya adalah seorang ketua parti lawan? Itu tidak masuk lagi Pengetua Kolej-kolej Kediaman, Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah-pengarah pusat, institut dan jabatan di dalam IPT.

Pendek kata yang boleh ditekankan disini ialah, AUKU itu sudah pasti ada cacat celanya kerana ia merupakan sebuah akta atau undang-undang yang diciptakan oleh manusia, tetapi tujuan dan keseluruhannya adalah untuk kebaikan warga di IPT juga. Janganlah kerana seekor nyamuk yang dimarahi tetapi seluruh kelambu dibakarnya.

Para pelajar dan warga IPT akan mengalami pelbagai kesulitan sekiranya AUKU ini terus dibakulsampahkan begitu sahaja. Oleh itu, fikirlah wahai pihak pemerintah sebelum mengambil sebarang keputusan dan bermatanglah dalam memberi hujah wahai pihak pembangkang agar negara dan masa depan rakyatnya tidak akan dijual kepada pihak lain.

MAHASISWA PRIHATIN
Kuala Lumpur

Kenyataan Menteri KPT

Peruntukan AUKU akan dibincang ke Kabinet!!

Kementerian Pengajian Tinggi akan membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) ke Kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Langkah itu bertujuan mendapatkan keputusan daripada jemaah menteri sama ada kes tersebut wajar dirayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya.

"Kita menghormati keputusan mahkamah tetapi dalam proses undang-undang, saya percaya kita ada satu lagi peluang untuk pergi ke Mahkamah Persekutuan. Saya akan berbincang untuk menentukan sama ada kita perlu lalui atau merayu keputusan itu atau tidak," - Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) akta berkenaan yang melarang mahasiswa berpolitik sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, berdasarkan pindaan AUKU 2009, ia perlu difahami bahawa terdapat peruntukan di dalam akta berkenaan yang tidak membenarkan para pelajar menjadi ahli kepada mana-mana parti politik.

Menurut beliau, biarpun para pelajar diberi kebebasan tetapi ia masih tertakluk kepada sekatan tertentu terutama bagi mengelak mereka terpengaruh dengan gerakan mana-mana parti politik.

Katanya, ia sesuai dengan matlamat pendidikan itu sendiri yang ingin membangunkan intelektual dalam kalangan pelajar bagi membolehkan mereka mempunyai fikiran yang seimbang, bebas dan waras tanpa dipengaruhi mana-mana ideologi politik.

"Ini yang perlu diberi penekanan kerana memang menjadi matlamat utama institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membina minda dan keupayaan berfikir yang kritikal tanpa sekatan. Pelajar dilatih untuk berfikir berdasarkan asas yang kukuh apabila berhujah dan ia perlu seimbang serta melihat dari semua sudut selain mesti memiliki fakta sebelum membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara."

"Pendek kata seseorang pelajar itu mesti bebas, waras dan seimbang pemikirannya dan atas sebab itu kita berpendapat, dia tidak wajar menyertai atau memegang mana-mana jawatan parti politik," katanya sambil memberitahu keputusan berhubung keperluan seksyen tersebut juga merupakan hasil perbincangan dengan tenaga pendidik.

Mohamed Khaled turut menolak tanggapan bahawa seseorang pelajar digalak untuk menyertai politik dalam usaha membina kematangan dan keintelektualan mereka.

Beliau berkata, pelajar perlu bebas berfikir sedangkan parti politik mempunyai ideologi, peraturan dan disiplin masing-masing.

Utusan Malaysia

1 ulasan:

Awanama berkata...

salam.....saya nk mintak penjelasan dari pihak tuan....saya x reti sgt bab2 auku ni.....pmansuhan auku ada effect ke utk kuasa uitm yg hanya utk melayu dan bumiputera

Cari Blog Ini

Translate