Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Januari 2012

Ucapan @drhasanali Di Meru Semalam - Utusan Malaysia

Hasan Ali ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, Klang, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

KLANG 21 Jan. – Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.

Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.

"Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam.

"Ini tidak betul dan sekiranya kita selidik secara mendalam doktrin seperti ini boleh merosakkan akidah umat Islam," katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, di sini malam tadi.

Selain Hasan, turut menjadi panel pada program itu ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan Exco Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mukram Mohd. Taib.Hasan memberitahu, sebab utama beliau menyertai Pas pada 15 tahun yang lalu adalah kerana parti itu majoritinya dipimpin oleh barisan ulama yang merupakan pejuang Islam tulen.

"Namun pada hari ini hanya tinggal 23 peratus pemimpin di dalam Pas yang merupakan golongan ulama."Sebanyak 72.28 peratus lagi pemimpin di dalam Pas bukan daripada golongan ulama dan mereka itulah yang merupakan 'parasit-parasit' yang merosakkan parti itu pada hari ini," tegasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri menyelar pihak yang mengangkat perjuangan komunis dan menghina pejuang kemerdekaan, meskipun mereka bermati-matian berjuang untuk memerdekakan negara yang kesannya dapat dinikmati sehingga hari ini.

"Saya nak tanya, apakah Leftenan Adnan yang terbukti sanggup bergadai nyawa demi agama, bangsa dan negara juga mereka anggap sebagai pengkhianat negara," soalnya.

Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate