Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Februari 2012

Apa Kata @PapaGomo Keluarkan Video dan Mubahalah Buktikan Blogger Umno-Reform Sebagai Trojan-Horse !!! Cc @NajibRazak

Dalam hukum agama jika seseorang ingin benarkan perkataan atau tulisannya perlu sertakan bukti.

Kes Saiful Bukhari sudah cukup menjadi bukti bagaimana kaedah sumpah dan dan cabaran mubahalah buktikan kebenaran dakwaannya.

Kerana beranilah Saiful Bukhari bersumpah seperti mana YAB PM empat kali bersumpah.

Banyak andaian dibuat bahawa Anuar Mohd Nor atau blogger Umno-Reform adalah trojan horse.

Atas dakwaan beliau tidak pernah menghentam Anwar Ibrahim.

Maka untuk menghentikan perkara ini maka elok jika mubahalah dilakukan dan video dikeluarkan.

Sudah tentu tuduhan ini tidak akan benar kerana jika anda orang yang bijak sudah tentu anda akan pergi mencari artikel tulisan beliau dan mempercayainya apabila semua tulisan Umno-Reform sudah dibaca.

Rasanya sudah pasti anda akan kembali ke sini dan menulis bahawa tuduhan Umno-Reform tidak menyerang Anwar Ibrahim adalah salah sama sekali.

Begitu juga anda akan dapati bahawa bukan setakat Anwar tetapi Azmin juga turut dikecam oleh beliau.

Bagi mengelakkan perkara ini berpanjangan kerana fitnah sangat berat sehingga disebut dalam Al Quran ia lebih dahsyat dari membunuh.

Jika video Datuk Johari Abdul boleh dikeluarkan mengapa video blogger Anuar Mohd Nor tidak boleh dikeluarkan sejak setahun lalu dicabar?

Kita berdoa siapa yang buat fitnah akan ditunjuk oleh Allah.

Sudah letih kita tengok politik blogger berlegar sesama kita sehingga ke peringkat mencurah pasir kepada orang yang tidak berdosa.

Menuduh Anuar trojan horse seperti menuduh SB dan MIO Malaysia sangat bodoh sehingga gagal mengesan kelicikan trojan horse Umno-Reform !!!

Kesian jika SB dan MIO diperlihat sangat bodoh seperti itu.

Apalagi ayuh Papaku Sayang keluarkan video Umno-Reform terlebih dahulu atau kita akan sedar bahawa ia propaganda murahan untuk memburukkan seorang insan bernama Anuar.

Baca jawapan balas Umno-Reform di sini

http://umno-reform2.com/front/


Baca juga http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/02/debat-salahuddin-hisham-vs-anuar-reform.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

salam Panglima YDP Pembela Negara, agak menarik bila rakan BPN mengajak Mubahalah dan meminta dikeluarkan Video yang merakam Chegubard dan Anuar Reform.

Kan adalah lebih baik jika Panglima minta Anuar Reform ulas seranngan Chegubard keatas Datin Seri Rosmah dengan menuduh Rosmah Puaka malah mencetak buku tersebut.

Minta juga Anuar Reform mengulas Fitnah Chegubard keatas Dato Seri Najib Razak dengan menerbitkan buku Najib Altantuya.

Rasanya tu lebih tepat bagi memberikan kebenaran apakah Anuar Refom menolak politik FITNAH sepertimana yang dibawa Chegubard sahabat karibnya keatas Kepimpinan kita.

Kita tunggu artikel UMNO Reform hentam Chegubard kerana Fitnah Datin Seri Rosmah dan Najib Razak ye....

Awanama berkata...

Kerana seorang blogger, kita bercakaran sesama sndri.

Awanama berkata...

AMN 'DO' attacking ANWAR IBRAHIM... tapi masing-masing dgan cara yang berbeza. Cadangan terbaik sama-sama duduk semeja tengok aksi AMN & Chegubard bagi mendapat penjelasan langsung & menolak semua fitnah!

Sudah-sudahlah berbalah sesama sendiri!

Awanama berkata...

Salam Tuan Blog...maaf cakaplah...berhati-hatilah dengan AMN ini sebelum UMNO mandapat bala nanti...cuma amaran awal sebelum nasi menjadi bubur. Fikir-fikirkan lah ya..?

Awanama berkata...

‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih atas komen.

Seperti ditulis sebentar tadi, buktikan video Anuar Mohd Nor yang didakwa ada dalam simpanan Papagomo dikeluarkan seberapa segera.

Kita sudah membaca jawapan balas Anuar Mohd Nor di blog beliau.

Maka sekarang masa untuk saudara Papagomo mengeluarkan video tersebut.

Tidak perlu dibangkit soal lain sehingga selesai permintaan AMN terlebih dahulu.

Awanama berkata...

Mintak gomo keluarkan video din puduraya sekali. Dia menipu org umno ramai kata wujud video din puduraya. Sampai sekarang tak ada. Kita org umno mula2 percaye akhirnye malu sendiri bila takade!

Cari Blog Ini

Translate