Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Februari 2012

Penjelasan Pihak KFC Isu Video Tersebar Di Youtube





Video yang disebarkan :







Di bawah ini penjelasan pihak KFC tentang insiden tersebut






Di bawah penjelasan rasmi pengurusan KFC tentang cubaan memburukkan nama baik mereka sejak Oktober 2011. Selepas lapan bulan membuat laporan polis ekoran menerima aduan kewujudan video tersebut, ia dengan sengaja telah dimuatnaik di Youtube oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ikuti laman web KFC http://www.kfc.com.my/about-announcement.php pengumuman perkara tersebut  yang disiarkan sepenuhnya di bawah ini.



Announcement

Last October, KFC Malaysia was approached by an individual with a copy of a video clip depicting a person tampering with the food whilst in the course of preparing it. The company views the making of this video clip as a malicious act and a blatant attack on the company. We took immediate action and reported the incident to the police.

On June 25, we found that the video was uploaded on to YouTube.

We wish to highlight to all our customers, patrons and members of the public that this is an isolated case. Since October 2010, we have taken all the necessary and reasonable measures to prevent such occurrences including installing Close Circuit Television (‘CCTV’) at the kitchen area of KFC outlets.

KFC upholds the highest standards of hygiene and quality in all aspects of our business. In Malaysia, and around the world, our employees are dedicated to providing quality, wholesome and safe food. We take this incident seriously. We shall continue to review recruitment and training processes to ensure it won’t happen again. Our team of 9,700 chefs, waiters, waitresses and other valued employees across Malaysia will continue to deliver the great service and quality which KFC is known for.

On behalf of KFC Malaysia we would like to thank you for your valued support.

Managing Director
KFC Holdings (Malaysia) Bhd 

Pengumuman

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan seranga terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd 




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate