Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Februari 2012

Ustaz Budak Silap Lagi Sebut Nabi Menyesal Tidak Jumpa Imam Ghazali Selepas Anggap Nik Aziz Pewaris Nabi


Assalamualaikum wrt wbt.

Segala puji tertentu hanya layak bagi Allah yang menjadi Tuhan Sekelian Alam, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw yang diutuskan sebagai rahmat ke seluruh alam.

Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu Utusannya yang diutus sebagai rahmat ke seluruh alam.

Marilah kita berselawat ke atas baginda lebih lebih lagi di bukan yang sangat mulia yang menjadi bulan kelahiran baginda. Pahala satu selawat sungguh hebat sehingga dibalas oleh Allah dengan sepuluh kali balasannya.



Pertama sekali mari kita tengok video di atas yang memaparkan seorang ustaz bergelar 'ustaz budak' memuji Mursyidul Am PAS sebagai pewaris nabi.

Sebelum mengesah atau menafikan dakwaan beliau mari kita berbincang sebentar ciri pewaris nabi yang kita perlu kenal.

Antarnya pewaris baginda mesti memiliki ilmu dan akhlak. Dalam hal ini akhlak Nabi sangat terpuji sehingga mendoakan Umar Alkhattab agar memeluk Islam. Bukan mendoakan kecelakaan beliau.

Begitu juga pewaris nubuwwah akan memastikan tiada perkataan yang merendahkan martabat Nabi seperti menyamakan baginda dengan orang biasa yang pernah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS di atas.

Seterusnya pewaris juga akan meraikan sambutan kelahiran kekasihnya iaitu Nabi Muhammad saw bukan menghentikan perayaan tersebut sejak PAS memerintah tahun 1990 sehingga sekarang. Lebih teruk Maulid disamakan dengan agama Kristian Nauzubillahiminzalik.

Yang menjadi kepelikan acara Sure Heboh atau nama barunya Jom Heboh, boleh pula dihalalkan selepas diharamkan puak mereka sebelumnya.

Terakhir pewaris nabi juga tidak akan menyumpah seranah orang lain demi mempertahankan menantu sendiri yang disiasat SPRM sehingga menggelar blogger sebagai celako celako celako.

Sifat marah dan mencarut seperti ini bukan sifat pewaris Nabi dan ternyata Nik Aziz sekadar lulusan bahasa Arab yang jelas banyak menggunakan otak dari kupasan ulama yang ditulis dalam kitab sehingga mengelirukan ummat.

Namun jika mahu dikata Nik Aziz pewaris pakaian jubah serban Nabi, oh itu tidak mengapa. Kerana Bapa Munafik juga di zaman Rasulullah saw buat perkara yang sama.

Wallahu A'lam.

Video terbaru Ust Budak menyatakan hadis Nabi menyesal tidak jumpa Imam Ghazali juga sangat meragukan. Pernah mendengar seorang tokoh di Kelantan yang ilmu tinggi mengkritik Ustaz Budak yang tidak perlu disebutkan di sini.

Ya Allah Bersihkan hati kami dari nifaq dan fahsya (perkara keji) dan jadikan kami orang yang bersama Siddiqin Syuhada Solehin. Yang menjadi sebaik baik teman perjalanan.

Mohon maaf atas salah silap perkataan di atas. Artikel ini ditulis dalam bas menuju Putrajaya kerana ada urusan dunia di sana.

Wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.2

2 ulasan:

Awanama berkata...

tlebih bijak ustad dudak ni..

Dot berkata...

terlalau DIBIJAKKAN oleh ularmak pas plak!

Cari Blog Ini

Translate