Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 April 2012

PAS Akan Kalah Punca Nik Aziz Kena Serangan Jantung Khamis Lepas ?


Nik Aziz dibenar keluar hospital

NORHASRAM MOHAMAD

7 April 2012




KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibenarkan keluar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sejak Khamis lalu.


Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Mursyidul Am Pas berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang jam 10 pagi tadi.


“Alhamdulillah, kesihatan beliau semakin baik dan telah dibenarkan pulang, cuma beliau sedikit keletihan serta memerlukan banyak rehat.


“Saya juga bersyukur dengan keadaan beliau dan berharap Mursyidul Am Pas dapat meneruskan khidmatnya kepada Islam dan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan media, hari ini.


Sebelum ini, media melaporkan Nik Aziz, 81, mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim dan dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.


Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz turut mendapatkan rawatan di hospital sama kerana saluran jantungnya tersumbat.


Sementara itu, pada 8 Disember lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke hospital lebih lima hari kerana masalah tulang belakang dan kemudiannya turut dimasukkan di hospital yang sama, pada bulan sama, selepas mengadu mengalami keletihan.


Walaupun keadaan kesihatan tidak memuaskan sehingga mendapat tekanan pelbagai pihak, Nik Abdul Aziz mengesahkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).






Panglima : menurut satu info yang baru diperolehi petang tadi khabarnya PAS Kelantan sudah menjalankan kajian dan terkini peluang 50-50 antara PAS dan BN hasil kajian tersebut.


Kerana itulah barangkali satu persatu janji dibuat oleh Husam Musa seperti lebuh raya Machang - Kota Bharu selain pembinaan Stadium baru.


Kehancuran PAS kini tidak lain kesilapan mereka sendiri bertahaluf siyasi bersama DAP.


Putrajaya diidam, namun akhirnya Kelantan yang melayang...


Hikmahnya, orang UMNO Kelantan ditarbiah dengan kepahitan mengalami kekalahan sehingga anak Kelantan seperti Datuk Mustafa Mohamad bangkit dan melakar kejayaan di peringkat Persekutuan.


Jika BN menang beliau akan dinobatkan sebagai MB meskipun negara akan kehilangan peranan beliau yang terbukti berjaya mencipta kejayaan mengepala MITI selama ini.


Pemerintahan PAS selama 21 tahun tidak mustahil menyimpan beribu skandal yang sudah pasti sukar ditutup dengan sepotong ayat quran dan hadis seperti yang mereka lakukan.


Adakah kajian yang dibuat membuatkan Nik Aziz diserang sakit jantung ? Wallahu A'lam.


Biasanya orang bersih seperti Tun Mahathir tidak mengambil masa lama membuat keputusan meletakkan jawatan selepas melihat keperluannya.


Namun ia tidak berlaku kepada Nik Aziz Nik Mat yang kini masih lagi mahu bertanding sekaligus menjadi MB buat ke sekian kali.


Jika rakyat sayang PM tolong undilah BN...




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah tuh Tuan Guru

Cari Blog Ini

Translate