Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Ogos 2012

Article: Ladang Rakyat terima mohon maaf Kickdefella Tetapi Gagal Menjawab Tuduhan Beliau

Ladang Rakyat terima mohon maaf Kickdefella

Mohd Nor Yahya,17 Ogs 2012

KOTA BHARU: Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRK) telah menerima permohonan maaf secara rasmi dari penulis buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat" yang dikatakan mengandungi beberapa fakta yang salah dan telah menyebabkan reputasi Ladang Rakyat terjejas.

 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPLRK, Dr. Nazmi Ghazali Azmi, permohonan maaf yang dipohon oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdifella) dan syarikat penerbit buku tersebut Wadah Bakat Sdn Bhd itu membuktikan segala unsur-unsur negatif yang cuba dibawa oleh penulis buku tersebut telah berjaya disekat dari disebarkan kepada masyarakat secara meluas.

 

(Gambar: Dr Nazmi menunjukkan surat permohonan maaf yang diterima daripada Kickdefella.)

"Alhamdulillah setakat ini kita telah berjaya mengesan pengedaran buku tersebut dan Syed Azidi telah berjanji untuk berusaha menyekat pengedaran buku itu, kita difahamkan buku itu ditulis oleh beliau untuk disebarkan pada perhimpunan agung Umno dulu.

 

" Ladang Rakyat kini boleh menarik nafas lega kerana permohonan maaf yang dibuat di mahkamah pada 12. Ogos lalu dari Syed Azidi atau Kickdefella itu telah dapat mengangkat kembali reputasi Ladang Rakyat dan saya juga menyeru orang ramai yang memiliki buku itu agar tidak mempercayai isi kandungannya," ujar beliau lagi.

 

Nazmi juga berkata Syed Azidi juga telah menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap pihak Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dalam buku tersebut dan menyesali terhadap kekeliruan apa yang ditulis dalam buku itu.


Ladang Rakyat terima mohon maaf Kickdefella
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12583-ladang-rakyat-terima-mohon-maaf-kickdefella

Sent via Flipboard


Panglima : pelik kerana pihak Ladang Rakyat gagal menunjukkan kesilapan yang dikatakan ditulis oleh Kickdefella. Jika ada pihak Ladang Rakyat perlu menunjukkan jawapan yang tepat bukan sekadar menyiarkan surat Kickdefella semata-mata. 

Keraguan ini tidak akan hilang dan dakwaan bahawa banyak tanah telah dibeli pihak asing perlu dijawab satu persatu bukan dengan cara seperti ini. 

Rakyat Kelantan pasti ingin mengetahui kisah sebenar kerana masakan tidak ada masalah jika ia digembar-gemburkan sedemikian rupa sehingga ditulis buku khusus mengenainya. 


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate