Sebagai orang Islam, semua orang tahu Hudud adalah hukum Allah. Malaysia adalah negara Islam yang paling dihormati di dunia kerana kemakmuran dan kestabilan yang begitu sukar dicapai oleh negara-negara Islam lain. Kerana kemakmuran ini, Malaysia mampu membantu negara-negara Islam lain secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, Malaysia juga mampu untuk bersuara lantang di peringkat dunia kerana tidak bergantung kepada mana-mana kuasa asing.
Namun begitu, di dalam negara Malaysia sendiri masih ada yang meragui akan kedudukan 'Islam' di dalam negara. Tetapi tidak pernah pula mereka meragui kedudukan 'Islam' di dalam diri sendiri. Kenapa boleh jadi begini, sedangkan dalam diri mereka adalah umat Islam??
Begitu tegar sekali mereka ini bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang sebenar-benarnya iaitu dengan mempergunakan hukum Hudud. Bagi mereka, inilah satu-satunya cara untuk mencapai keberkatan dan menjamin kedudukan masing-masing di akhirat nanti. Dan yang lebih penting mereka mempermainkan fikiran rakyat bahawa mereka benar-benar memperjuangkan Islam.
Baca lagi di blog Gosip.
Sent from my iPad
1 ulasan:
UMNO menang atau kalah isu hudud ni?
Catat Ulasan