Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Ogos 2012

Edisi Sedih : Mak Tom Ibu @AzminAli Pertama Kali Beraya Luar KL - Sangat Kecewa Anaknya Berubah Tidak Pulang Ke Rumah Ziarah

'Saya sangat kecewa dengan Azmin'

MELAKA 20 Ogos - Che Tom Yahaya, ibu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sekali lagi sebak dan terkilan apabila anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri ini.

Malah, katanya, Azmin langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.

"Saya sangat kecewa dengan sikapnya," kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua, Che Tom, 79, bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.

Kali pertama, beliau berbuat demikian ialah pada Mei lalu, apabila Che Tom dengan nada sebak menceritakan bagaimana Azmin tidak pulang menziarahinya sejak Ogos tahun lalu.

Menurut Che Tom, disebabkan kecewa dengan sikap Azmin, beliau mengajak anak-anak lain berhari raya di luar Kuala Lumpur buat pertama kali sejak lebih 40 tahun.

"Saya dan tiga anak perempuan termasuk Umi Hafilda dan cucu-cucu saya memilih untuk beraya di Melaka kali ini kerana begitu kecewa dengan sikap Azmin yang juga sudah lebih setahun tidak pulang menjenguk saya di rumah.

"Tahun ini, kami langsung tidak membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Tiada makna untuk kami buat demikian, kalau dia sebagai anak langsung tidak sudi untuk pulang bersalaman dan memohon ampun daripada saya," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda yang turut hadir dalam pertemuan dengan Che Tom berkata, beliau terpaksa menunaikan hasrat ibunya yang mahu beraya di luar Kuala Lumpur.

Ummi Hafilda sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Azmin berubah sikap sejak berkawan rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia lebih mementingkan Anwar berbanding ibu dan adik beradiknya hanya kerana kepentingan politik," katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20120821/po_06/Saya-sangat-kecewa-dengan-Azmin


Baca juga ulasan AIDC di sini perihal dua syarat Mak Tom kepada Azmin Ali dengan penuh kecewa...

http://www.anwaraidc.com/?p=26986


Moga kita tidak menjadi anak yang derhaka !!!

Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate