Blogger Melayukini menulis :
Tambah menarik, filem pendek tersebut bukan sahaja memaparkan berkenaan sambutan raya Aidilfitri, malah ia turut berkisar sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Filem pendek tersebut turut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.
Pada mulanya, mereka bertemu dan berkenalan sebagai orang asing hingga akhirnya mereka menjadi begitu rapat.
Selaras dengan tema Petronas pada tahun 2012, ‘Reimagining Energy’, elemen-elemen dalam filem pendek tersebut pastinya akan menyentuh hati setiap penonton.
Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan