Apa guna bidas Manoharan dan minta maaf jika tidak ada tindakan keras.
Dalam hal ini kita tidak bersetuju permohonan maaf menutup kesilapan semata-mata kerana kita tidak mahu perkara ini berulang pada masa hadapan.
Adakah Karpal Sing bersedia menghukum Manoharan ???
KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M. Manoharan hari ini memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya atas kata-kata menyinggung perasaan menerusi Twitter, mempersenda pencapaian pingat perak Olimpik pemain badminton negara itu, yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya buat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.
"Saya benar-benar berharap permohonan maaf saya diterima," katanya dalam akaun Twitter @mmanoADUN.
Mesej Twitter Adun DAP itu mengenai perlawanan akhir badminton perseorangan di Olimpik London, Ahad lepas, menerima kritikan hebat orang ramai tanpa mengira sempadan politik, dengan menyifatkan beliau sebagai biadap dan bersikap perkauman.
Antara lain Manoharan dipetik sebagai berkata: "Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY" dan menyarankan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), apapun ganjaran kewangan yang dijanjikan untuk Chong Wei, baiklah diberikan kepada Lin Dan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata mesej Twitter Manoharan itu tidak dapat dimaafkan dan tidak sepatutnya dilakukan.
"Lee Chong Wei meletakkan Malaysia dengan bangga dan bermaruah di pentas dunia melalui keberanian dan ketabahannya melakukan yang terbaik, meskipun mengalami kecederaan buku lali, baru-baru ini.
"Kedua-dua pingat perak yang diperoleh Lee Chong Wei di Beijing dan London menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/07
1 ulasan:
Mampoih la hang Manoharen, Si Benggali tu tutuh jubog hang, baru hang tau!!
Catat Ulasan