Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Ogos 2012

Teguran Bapa Kepada Saudara Bawa Maut Di Hari Raya - Pandangan Panglima



http://www.hmetro.com.my/articles/Teguranbawamaut/Article

Adilfitri yang baru sahaja disambut dicemari peristiwa sedih ekoran tidak dapat mengawal kemarahan -  seorang bapa kepada tiga anak telah meninggal dunia akibat ditikam adik iparnya.

Sepatutnya suasana Aidilfitri yang baru masuk hari keenam mewangikan ukhwah persaudaraan tidak memungkinkan perkara sedemikian berlaku namun ia telah pun berlaku.
Lebih tidak dapat diterima ialah pembunuhnya bukan orang lain melainkan adik ipar sendiri.
Atau digelar bapa saudara bagi anak-anak si mati.

Beberapa hari lalu si pembunuhlah yang menghulurkan duit raya kepada anak saudaranya namun hari ini tangan itu juga yang membunuh ayah mereka. Sungguh tidak akan terjangka di benak anak kecil ini peristiwa malang seperti ini akan berlaku kepada bapa yang mereka kasihi.

Lihat wajah sugul anak yang menjadi anak yatim tanpa diduga oleh mereka. Lihat wajah isteri yang menjadi janda tanpa ada tempat bergantung untuk membesarkan anaknya. Lihat renungan kosong yang terpancar di pandangan keluarga yang diuji Allah ini.

Kejadian tidak diduga ini wajar difikirkan kita bersama. Jangan salahkan sesiapa namun marilah kita cari jalan penyelesaiannya.

Memang benar semua yang berlaku sudah termaktub di dalam ketetapan Allah Maha Esa. Sebab mati dibunuh walau hakikatnya nyawanya dicabut oleh Malaikat Maut. Namun kita kena berusah mencari punca dan penyelesaiannya.

Paling tepat proses mencari jawapan bagi umat Islam ialah mengikut apa yang dipesan dalam wasiat Rasulullah saw tentang situasi kita di akhri zaman.

Nabi menyebut bahawa akhir zaman perasaan kasih sayang semakin hilang akibat perasaan cinta dunia dan pentingkan diri sendiri menguasai hati dan akal kita.

Buktinya pada hadis bahawa akhir zaman manusia akan menghidapi penyakit 'al wahnu' iaitu cintakan dunia dan takut mati.

Maka ia bererti bahawa kita akhir zaman ini memiliki hati yang kotor akibat banyaknya wasilah maksiat yang datang ke tangan kita. Dengan segalanya berada di hujung jari di tapak tangan sahaja.

Paling tidak kita asyik leka dengan FB, Twitter, Youtube sehingga lupa kewajipan mengingati Allah dan RasulNya di dalam solat, zakat, zikir, selawat  dan lain-lain sehingga hati kita hanya memandang dunia dan meninggalkan akhirat.

Semua ini ibarat simptom sejagat yang sukar dihalang namun boleh diubat dengan kaedah yang diajar oleh syariat.

Dengan perubahan dunia Islam hari ini di mana ada golongan agama digelar ulama walaupun bukan ulama - yang menjadi ahli dunia mengejar kuasa, maka umat menjadi persis anak yatim yang tiada ibu bapa untuk memandu mereka menuju Allah dan mempelajari sirah Rasulullah saw. 

Yang ada hanya menyesatkan mereka bukan memandu ke jalan yang tepat. Benarlah hadis Nabi bahawa akhir zaman ramai ulama jahat diibarat Dajal sebelum dajal yang ada. Ramai yang sesat dan menyesatkan manusia. Termasuklah kalangan umara yang cuba merampas kerusi ulama dengan berpidato dengan hujah dan nas agama sehingga menyakahi maksud Allah sebenar. 

Tidak termasuk golongan bukan Islam yang kini mendapat lesen besar menggunakan ayat suci kalamullah berceramah atas pentas politik untuk menghina umat Islam yang berlainan ideologi politik.

Namun kasih Allah masih ada kepada kita di akhir usia dunia ini. Kasih Allah tetap kekal dan buktinya ramai keluarga Nabi saw telah hadir berpindah ke Malaysia mencurah tenaga dan usia untuk umat ini.

Kehadiran mereka yang membawa risalah Islam seperti zaman awalnya yang dibawa oleh Nabi bukan satu perkara yang dirancang atau terancang namun ia semuanya ketentuan Allah Maha Esa untuk bumi bertuah Malaysia ini.

Dengan kedudukan negara kita yang semakin hebat ( alhamdulillah ) maka ia berpotensi berperanan menjadi negara disegani lawan dihormati kawan dengan hubungan baiknya dengan semua kuasa besar di dunia.

Tanpa mencalarkan akidah dan pendiriannya hasil seni diplomasi yang sangat tinggi dan halus seninya hasil kebijaksanaan orang orang pilihan Allah yang berdiri teguh di belakang Umara dulu, kini dan selamanya Insya Allah.

Merekalah wira tidak didendang berada di semua peringkat dan tempat, bekerja demi Allah dan RasulNya walau mengorbankan diri,keluarga dan masa depan asalkan Islam kekal berdaulat di akhir zaman yang kelam ini.

Tentera Allah ini tidak disedari bila dia hadir dan tidak dikesani bila meninggalkan manusia akan terus ada setiap zaman dan masa. Mereka akan berjuang melawan Dajal yang dibantu oleh Iblis yang mahu merosakkan manusia dari taat kepada Tuhan.

Merekalah ulama pewaris tugas Nabi yang wajar dicari oleh umat jika mahu selamat dunia akhirat.

Sifat mereka mudah dikenal ialah membawa rahmat dalam percakapan, perbuatan dan pegangan ilmu yang disebarkan.

Mari kita doakan Islam kembali berdaulat meresap dalam hati sanubari kita membawa kedamaian kepada semua bukan permusuhan, perpecahan apatah lagi pembunuhan seperti kisah sedih di atas.

Moga kita akan menjadi 'batu-bata' pembinaan tamadun Islam agar kembali gemilang di akhir zaman tidak lama lagi. Amin.


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate