Presiden Pro-Mahasiswa Nasional diserang awal pagi
25 September 2012
SHAH ALAM - Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa diserang lima lelaki tidak dikenali awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 17, Petaling Jaya.
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Syis Abd Kadir, Edikoup yang diserang kira-kira jam 4 pagi, sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 17 dan sekarang dia sedang dirawat.
"Kejadian ini memang tidak dijangka tetapi kami yakin ia bukan kerja pelajar. Ini kerja orang luar," katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada hubungan dengan pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini, berikutan sebelum ini Edikoup pernah membuat pendedahan terhadap media berkaitan salah seorang calon yang dipercayai ada kaitan dengan sebuah badan politik.
"Sebelum ini Edikoup sudah diugut dua kali dan perkara ini kami serahkan kepada polis untuk siasat. Kami tidak mahu menuduh," katanya.
Panglima :
Lihat sandiwara sebelum ini dan fikirkanlah kenapa tiba-tiba perkara ini berlaku menjelang PRKampus ?
Perkara ini sudah dijangka da berikut buktinya
Yang dimusykilkan ialah beliau dijaga seperti Perdana Menteri seperti laporan blog ini http://matdespatchotai.blogspot.com/2012/09/edikoup-di-pukul-sehingga-pengsan.html
Jika diserang lima lelaki sepatutnya beliau cedera parah seperti laporan Berita Harian di sini
GEORGETOWN: Seorang lelaki yang sedang bersiar-siar dengan teman wanitanya cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di persiaran pantai pusat membeli belah Queensbay, di sini kira-kira jam 10 malam tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai S.Arivarasan, 25, diserang lima lelaki bermotosikal dan akibat kejadian itu pergelangan tangan dan kakinya hampir putus dengan luka di beberapa bahagian badannya.
Sambil mengesahkan kejadian itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin berkata, mangsa yang cedera parah kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Panglima :
Dengan kadar kecederaan yang sangat minima kita yakin dan percaya Edikoup hanya cuba meraih simpati seperti juga kes Adam Adli diserang di Kg Kerinchi.
Link ada sini http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/03/insiden-kg-kerinchi-3-mahasiswa-dipukul/
Jika benar dipukul kenapa hanya cedera ringan dan kenapa cepat dituduh geng PEKIDA yang melakukannya ?
Taktik sebegini sudah tidak laku kerana rakyat tidak akan mudah percaya psy war murahan seperti ini.
Idea ini tidak mustahil ajaran 'God Father' mereka dalam Pakatan yang sering mencipta isu termasuk diugut bunuh dan disabotaj seperti dibaling cat merah untuk menutup isu yang mereka hadapi.
Sekian, salam perjuangan.
1 ulasan:
Apalah korang pedulik hal remeh temeh kat 'U' tu. Biarlah budak-budak tu belajor cara-cara pilihanraya. Klau korang dengor pun cara diaorang kempen...tak power pun banding lulusan SPM yg kempen politik nasional. Lantaklah pro apapun. Budak hingusan rasa macam bagus jer. Habis belajor sok diaorang nih pun tak der tempat dlm politik Nasional. Buktinya anda carilah klau ada yg top dlm politik semasa. Jadi Pak Sanggup susun kerusi ade ler.
Catat Ulasan