Ahli Pas Sendiri Mengakui, Mat Sabu BerfahamanSyiah
Polemik mengenai isu Syiah yang dikaitkan denganTimbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebihdikenali dengan panggilan Mat Sabu itu seperti tiadapenghujungnya. Terbaru, perkara itu telah di dedahkanoleh Ustaz Ashiq Ilahi, seorang mudir dari Al-Maahad Al-Fathoni, atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah.
Beliau yang merupakan ahli Pas itu, menjelaskanpendedahan yang dilakukan itu adalah hasil siasatan yang dilakukannya sejak sekian lama. Menurutnya melalui temubual yang dilakukan terhadap rakan-rakan karib Mat Sabu dan guru-guru beliau, majoriti mengatakan TimbalanPresiden Pas itu adalah merupakan seorang penganutfahaman Syiah.
"Sekiranya kita bertanya kepada ahli-ahli agama yangberfahaman Ahli Sunah Wal Jemaah, (khususnya) didalam Pas sendiri, semua akan mengatakan bahawa MatSabu ini memang (berfahaman) Syiah.
"Contohnya, Tok Guru Hj Salleh di Sik (juga merupakansalah seorang pengikut tegar Pas) sendiri turutmengetahui mengenai fahaman Syiah Mat Sabu ini, malah(beliau) banyak kali berpesan kepada ahli-ahli kuliahnyaagar berhati-hati dengan Mat Sabu" katanya.
Menurut Ustaz Ashiq lagi, baru-baru ini seorang rakannyaada menziarahi Tok Guru Hj Salleh di kediamannya.Antara pesan yang disampaikan kepadanya ialah memintaagar Mat Sabu kalah dalam pemilihan jawatan TimbalanPresiden.
"Seperti yang didedahkan oleh KDN sebelum ini, antara10 bukti yang mengatakan Mat Sabu menganut fahamanSyiah disebutkan oleh Tok Guru Hj Abdul Rahim Rahman,daripada Pondok Sungai Jagung.
"Menurutnya (Tok Guru Abdul Rahim) lagi, beliau pernahternampak Mat Sabu bersembahyang dengan ciri-ciri Syiah di dalam ibadatnya" jelas Ustaz Ashiq.
Di dalam isu yang lain, Mat Sabu turut ditempelak oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang mempertikaikan perlantikannyasebagai Pesuruhjaya Negeri yang baru bagimenggantikan Mohd Salleh Man yang telah digugurkan.Menurut Hafis, sebelum ini Mat Sabu pernah menolakcadangan untuk memintanya menerajui kepimpinan Pasnegeri.
Yang menjadi persoalannya ialah, dia bukan setakatmenolak cadangan tersebut namun turut mencadangkanagar jawatan tersebut diberikan kepada Mohd Salleh.
"Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan MatSabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapibeliau menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh.
Walaubagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkandirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasukdidakwa dikaitkan dengan Syiah," katanya kepada pihakmedia sebelum ini.
Menurutnya perlantikan Mat Sabu itu seperti ada yangtidak kena dan dilihat wujud satu agenda yang tersirat.
Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Alimengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai PesuruhjayaPas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di PejabatAgung parti itu di ibu negara.
Kesimpulannya semua kenyataan ini adalah merupakanbukti, bahawa Umno/BN langsung tidak terlibat dalamserangan dan gerakan terhadap Mat Sabu ini. Apa yangjelas, ramai di kalangan pengikut dan ahli Pas sendirisebenarnya tidak senang dengan perlantikan Mat Sabusebagai Timbalan Presiden parti dan Pesuruhjaya Pasnegeri.
Pada mereka, Mat Sabu hanya layak dijadikan 'kudatunggangan' di atas pentas-pentas ceramah sahaja. Inikerana selain mampu mengumpulkan jumlah hadirin yangramai, Mat Sabu juga dilihat boleh memberikan 'pulangan' yang memberangsangkan hasil dari kutipan derma yangdijalankan.
Kiriman email
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan