Pas Kelantan Tolak Untuk Sertai Himpunan GulingkanKerajaan
Keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakilatau penyokong ke demonstrasi jalanan yang akandiadakan pada malam sambutan tahun baru ini pasti akanmengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitutaksub dan fanatik dengan fahaman revolusi.
Paling menarik apabila, keputusan tersebut dibuat dengansebulat suara melalui mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ahmad Yaakobdi Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu malamsemalam.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, Pas Kelantanmemutuskan untuk tidak akan menghantar wakil ataupenyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.
Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan laporanbeberapa media dan portal pembangkang yang bertindakmenyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunanpada malam 31 Disember ini.
Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itubagi mendesak dan memberi amaran kepada kerajaanberhubung isu kenaikan kos sara hidup. Namun di dalamposter dan risalah yang disebarkan jelas terteraperkataan 'Himpunan Guling Kerajaan : 31 Disember2013.
Pihak polis sebelum ini dilaporkan turut memburubeberapa individu yang dipercayai menjadi dalang danpenganjur program tersebut dan beberapa langkahproaktif turut diambil bagi menjaga kepentingan dankeselamatan pihak awam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkatamereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawahSeksyen 124 C, Kanun Keseksaan kerana melakukanaktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedurAkta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahankeselamatan.
Manakala Pas Terengganu ketika diminta mengulasmengenai perkara yang sama menjelaskan pihaknyalangsung tidak tahu menahu kerana tidak mendapatmaklumat mengenainya.
"Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (himpunanguling kerajaan) dan tidak tahu pula sama ada perkara itudisebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu puntidak sampai," kata Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful BahriMamat
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, disebabkankeputusan yang dibuat itu Pas Kelantan telah dikecamoleh beberapa individu melalui laman sosial Facebook.
"Menteri Besar Kelantan jadi dayus suruhan NajibAltantunya setelah bersalam dengan Najib! Leher AmatYaakob dah menjadi seperti kura-kura masuk dalamcengkerang!" kata salah seorang penguna Facebook dilaman sosial itu.
Kesimpulannya walaupun Pas secara dasarnyamenyokong himpunan yang bakal diadakan itu, namunmasih ada segelintir di kalangan mereka yang jelas tidakbersetuju dengan pendekatan radikal sesetengah pihakyang terlalu kemaruk inginkan kuasa.
Ini kerana, mereka sedar percubaan untuk menggulingkankerajaan melalui kekerasan hanya akan menyebabkannegara menjadi huru-hara sekali gus merugikan rakyat.
Panglima : inilah yang kita mahu... Syabas MB Kelantan atas keputusan berani dan tepat pada masanya ini.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan