KUALA BERANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang wanita selepas terselamat walaupun kereta dipandunya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu (Ajil-Telemong), pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.
Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.
"Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.
"Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan.
Lagi gambar
Sent from my iPhone
9 ulasan:
Jarang2 kita dengar injin kereta boleh tercabut dari body dalam kemalangan. Kalau kereta terbelah 2 penah berlaku kerana kereta tu kereta potong. Tapi ini injin tercabut. Hmmm
Adakah Proton ada membuat crash test Preve ni. Inilah persepsi org ramai tentang Preve.
Kalau ada sila hebahkan ratingnya. Kali ini ditakdirkan pemandunya hidup. Lain kali mungkin pemandunya tak bernasib baik.
Mungkin enjin tersebut direka supaya mudah melenting apabila berlaku kemalangan. Ini kerana ruang kosong yang ditinggalkan oleh enjin yang telah melenting itu boleh menyerap impak kemalangan dengan efektif sekaligus menyelamatkan pemandu dan penumpang hadapan daripada impak kemalangan. Enjin melenting ala-ala airbag ataupun kanopi jet untuk kerusi anjal.
Ini kaedah baru dlm mengurang impak kemalangan kpd pemandu mcm formula..1 dan satu sebab mengapa enjin tercabut ialah sebab terbalik dan berpusing beberapa kali...normal...cuma hebat enjinnya campro. Kalau enjin confirm hancur barai tengah jalan walaupun tercabut.nak tahu pasal ni kena tanya engineer proton. Ini lah rahsia proton.
Peghh.. cayalah Proton. Enjin terus tanggal untuk buat crumple zone. Enjin tak bersepai lak tuh.. pegh. Harap rakyat Malaysia sedar yang ini suatu strength atau kekuatan pada Proton Preve, dan bukan satu kelemahan.
Dulu aku pakai saga enjin orion pun tercabut jugak bila pomen buat overhaul hehe...
Malaysia boleh. Proton boleh. Preve model is safer compare to korea or Japanese model of the same class.
Syukur Alhamdulillah pemandunya selamat..kalau dilihat pada kereta sekiranya kita tidak melihat tuanya, kita kata tuannya tentu parah @ dah mati..Satu pujian kepada Proton kerana mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi bertepatan dengan bintang yang diperolehi dari Australia...Syabas proton wa caya sama lu lah...
proton baru ni yg terbaik..frrari porshe pun klu aksiden pun habis gak..
ni yang tak sabar nak beli preve ni.
chaiyookk proton
Catat Ulasan