Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Jun 2014

myMetro | Jihad di Syria : Pandangan Ulama Syria dan Persatuan Ulama Malaysia

Kuala Lumpur: "Ulama di Syria lebih arif mengenai situasi mereka di sana, jadi kita perlu hormati pendirian dan nasihat mereka," kata Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Profesor Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

Menurut beliau, rakyat di negara ini tidak seharusnya menyempitkan maksud jihad dengan beranggapan beroleh syahid apabila mengangkat senjata menegakkan Islam di medan perang.

"Dalam dunia hari ini, penulisan mengenai kekejaman puak Syiah yang sangat zalim sama ada di media cetak dan elektronik pun sudah dikira jihad.

"Kita jangan mudah sangat terpedaya dengan ajakan pihak tertentu untuk berjihad di sana kerana kemungkinan mempunyai kepentingan lain yang memihak kepada Presiden Syria Basyar al-Assad," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini semalam.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Harian Metro semalam mengenai ulama Syria yang berpengaruh Sheikh Sariah al-Rifaie yang menasihati rakyat Malaysia yang hendak berjihad di sana supaya membatalkan niat mereka.

Dalam temu bual ekslusif di Istanbul itu, Sheikh Sariah berkata, mereka menghargai niat rakyat negara ini, namun ia bukan kewajipan yang perlu dipikul kerana mempunyai bilangan mujahid yang cukup di Syria.

Beliau berkata, rakyat Syria wajib berjihad mempertahankan tanah air, keluarga dan harta benda sebaliknya kedatangan orang luar termasuk Malaysia mungkin akan diperalat pihak tertentu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014050501455220140505014552/MA/Article/index_html


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate