Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Ogos 2017

Saya yakin @Zahid_Hamidi setia - @Najib_Razak | Berita Harian

Saya yakin Zahid setia - Najib

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau yakin dengan kesetiaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Presiden UMNO itu berkata, beliau sudah berjuang bersama-sama Ahmad Zahid sejak 1986 lagi ketika mereka masih dalam ppergerakan Pemuda UMNO.

Pada masa ini, Ahmad Zahid adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Justeru, Najib berkata dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya Ahmad Zahid pernah bertemu dengannya dan meminta sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri, adalah tidak masuk akal.

Najib berkata, Dr Mahathir akan menggunakan apa saja cara dan 'senjata' untuk menjatuhkan sesiapa saja yang berbeza pendapat, termasuk dengan melaga-lagakan beliau dengan Ahmad Zahid.

"Beza pendapat biasa tetapi dalam sejarah siapa yang dia (Dr Mahathir) tak berbeza pendapat? Dari zaman Tunku Abdul Rahman, dengan Tunku dia bergaduh. (Tun) Hussein Onn yang lantik dia sebagai perdana menteri pun dia kutuk. Cuma tak bergaduh dengan Tun Hussein (tetapi) belakang dia kutuk.

"Tengku Razaleigh Hamzah dia gaduh, Tun Musa Hitam dia gaduh... siapa lagi? (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dia gaduh, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Tun Ghafar Baba dia kuis saja.

"Cuma Tun Abdul Razak Hussein saja dia tak sempat, dia tunggu anaknya. Semua tak betul. Takkan semua yang tak betul? Sekarang ini dia cuba pula nak lagakan saya dengan Zahid, Timbalan Perdana Menteri.

"Dia tak faham (hubungan) Zahid dengan saya bukan baru ini. Dia (Ahmad Zahid) sudah bersama saya sejak dari 1986, susah senang bersama. Saya pernah pertahankan Zahid di bahagiannya ketika dia menjadi ketua pemuda dan ketua bahagiannya nak lawan dia (dalam pemilihan)," katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Shah Alam di sini, petang ini.

Yang turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azahari Shaari.

Najib berkata, Dr Mahathir pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahmad Zahid serta memaksanya melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu.

"Zahid satu ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia bertaraf Naib Presiden, dibawa masuk ISA.

"Dia (Dr Mahathir) hantar dua orang pegawai SB (Cawangan Khas). Dua orang pegawai itu kata kalau nak keluar dari tahanan ISA lebih awal lagi sain (tandatangan) surat letak jawatan Ketua (Pemuda). Ketua Pemuda yang perwakilan UMNO pilih dipaksa letak jawatan.

"Zahid terpaksa lepaskan jawatan. Selepas melepaskan jawatan, hari esok pegawai itu datang semula dengan satu lagi surat menyatakan Zahid letak jawatan dengan kerelaan hati tanpa dipaksa. Seperti letak pistol di kepala ibaratnya.

"Sebab itu tidak masuk akal selepas jadi Timbalan Perdana Menteri, dia jumpa Dr Mahathir minta gulingkan saya. Kepemimpinan UMNO hari ini kukuh. Saya tetap yakin dengan Timbalan saya," katanya.

http://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/08/309418/saya-yakin-zahid-setia-najib


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate