Bibi Ramjani, Fajer jangan lari dari tanggungjawab - Yakult
HIROSHI |
Pengarah Urusan Yakult, Hiroshi Hamada berkata, pihaknya mahu kedua-dua individu itu turut bertanggungjawab berhubung tindakan mereka membawa masuk pemain import baharu dan setiap transformasi bagi memperkasakan TRW.
"Tolong... jangan lupa anda telah menghabiskan wang tajaan, jadi kutiplah seberapa banyak mata untuk TRW kekal di Liga Super 2019 nanti.
"Sekiranya gagal kedua-dua mereka ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas prestasi tersebut dan jangan cuba untuk menutup kelemahan dengan menjadikan orang lain 'kambing hitam'," katanya menerusi status laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Hamada memberitahu, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada proses akauntabiliti dalam sistem pengurusan Kafa dan teguran dibuat itu adalah atas sifat kasih dan sayang beliau pada TRW.
Fajer sebelum ini diberikan kuasa mutlak oleh Bibi Ramjani untuk melakukan rombakan besar-besar terhadap pasukan dengan melakukan pemutihan ke atas pemain senior dan membawa naik pemain muda.
Tindakan ini nyata mengundang malapetaka kerana selepas mengharungi 13 perlawanan, Kelantan kini menghuni tangga tercorot di Liga Super dengan hanya mengumpul lapan mata.
Ini merupakan kali kedua Hamada meluahkan kekecewaan beliau terhadap prestasi buruk TRW, lebih-lebih lagi pasukan itu tumbang buat kali keempat berturut-turut 0-4 di tangan Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan