SIARAN MEDIA – PEMUDA SANGGAH GERAKAN DALAMAN
1. Pemuda UMNO Selangor menafikan ada gerakan sesetengah pihak mendesak Tengku Razaleigh bertanding untuk jawatan presiden UMNO sebagai suara Pemuda Umno Selangor, malah bukan juga suara Pemuda UMNO Malaysia. "Jangan buat statement bagi pihak orang lain. Ini Bukan pendirian Pemuda UMNO Negeri Selangor." Katanya.
2. Tidak perlu ikut acuan orang, yang mana soalnya sekarang adalah proses demokrasi dalam UMNO juga perlu disuburkan. Kita patut buka peluang kepada sesiapa yg mahu berkhidmat kepada parti untuk terus memberi khidmat tanpa sekatan. Syarat2 yang menyekat mereka yang mahu berkhidmat kepada parti sebagai contoh syarat menjadi ahli sekurang-kurangnya 3 tahun juga patut ditarik balik kerana ia dilihat menyekat ahli UMNO yang benar-benar mahu berkhidmat kepada parti tetapi masih muda umurnya sebagai ahli UMNO.
3. Kita perlu insaf bahawa parti dalam keadaan yang sangat getir dan fokus utama adalah MEMBANGKITKAN semula parti dengan mengutamakan PENYATUAN dalaman. Bukannya ada gerakan untuk memihak satu pihak yang lain atau mewakili suara calon tertentu untuk merebut jawatan peringkat tertinggi.
4. Oleh itu, bagi pemimpin-pemimpin muda terutama dalam EXCO Pemuda dan Puteri, jangan cuba hendak menjadi PENCATUR sehingga memecah-belahkan parti. UMNO tidak rela melihat barisan muda terlalu bercita-cita besar sedangkan peringkat lapisan kepimpinan perlu melihat lebih mendalam bagaimana untuk melahirkan pemimpin muda yang bersedia mendepani cabaran untuk 30 tahun mendatang.
5. Belajarlah dari pemimpin berpengalaman sebagai panduan dan iktibar dalam mempersiapkan diri masing-masing untuk membantu parti UMNO yang kini dalam keadaan perit dan penuh mencabar. Ayuh, bangunkan UMNO dan bangkitlah UMNO itu.
6. Usahlah terlalu sibuk membuaikan calon mana yang perlu diketengahkan. Waima jika Tengku Razaleigh sudah nyatakan beliau tidak mahu bertanding dan beliau sendiri mahu melihat parti bersatu, jangan desak mana-mana calon atau Ku Li sehingga boleh mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.
7. Jangan membebankan parti lagi kerana ketika ini, kita sudah mempunyai nakhoda yang diberikan amanah untuk memikul tugas-tugas Presiden parti iaitu Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
8. Bantulah beliau kerana nakhoda baharu kita ini amat memerlukan sokongan yang kuat dari akar umbi apatah lagi dalam keadaan sekarang, UMNO rebah tetapi tidak tersungkur. Akar-akar kayu itu masih kuat mencengkam. Walaupun dahan itu ada yang condong dan patah, namun batang kayu dan akar yang kuat itu masih menjadikan pokok UMNO itu masih gah.
9. Ini terbukti dengan bilangan 54 kerusi milik UMNO di peringkat Parlimen daripada 78 kerusi Barisan Nasional yang memperlihatkan UMNO adalah parti tunggal terbanyak dalam Parlimen.
10. Bantulah Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam memulihkan usaha parti ke arah kestabilan serta kemantapan barisan yang perlu dicapai. Bagi mencapai matlamat pengukuhan semula parti, UMNO perlukan gabungan pemimpin baru dan lama, janganlah yang terlalu lama. Apatah lagi yang lama tidak aktif dalam parti.
ZAINURI ZAKARIA
KETUA PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan