Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Jun 2018

Muhyiddin, Mukhriz, Shafei Apdal, Ku Li Tandatangan Deklarasi Guling Najib

Muhyiddin, Mukhriz, Shafei Apdal, Ku Li Tandatangan Deklarasi Guling Najib
Imbas kembali....

Adakah wajah ini mahu ditabalkan jadi Presiden parti????


Muhyiddin, Mukhriz, Shafei Apdal, Ku Li Tandatangan Deklarasi Guling Najib

Details
Published on Friday, 04 March 2016 20:56

KUALA LUMPUR: Seramai 58 pemimpin dari pelbagai parti politik serta badan bukan kerajaan menandatangani deklarasi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Antara pemimpin tersebut ada dari kalangan UMNO iaitu Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah serta Datuk Seri Ahmad Said.

Mengetuai tandatangan deklarasi tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Azmin Ali, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Mahfuz Omar serta beberapa pemimpin pembangkang lain.

Dr Mahathir ketika membacakan kandungan deklarasi rakyat menyebut kesemua yang menandatangani deklarasi tersebut bersetuju ke atas empat perkara iaitu:

- menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pedana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

- Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya.

-Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan

- pemulihan integriti yang dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

-mD



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate