Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Jun 2018

Rafizi sangkal populariti Dr. Mahathir Menangkan PH

Rafizi sangkal populariti Dr. Mahathir - Politik - Utusan Online

1. Kem Mahathir sudah tidak selesa dengan pembebasan Anwar.

2. Tun Daim membuat kenyataan tidak setuju Anwar mengganti Mahathir dalam masa terdekat.

3. Rafizi membuat serangan balas mengkritik perlantikan Menteri Kabinet yang tidak mendapat persetujuan PKR.

4. Nurul Izzah juga membuat kenyataan tidak setuju tangkapan dibuat terhadap orang yang menghina Mahathir.

5. Terkini Rafizi membuat serangan lebih besar dengan mendedahkan kajian Invoke bahawa kemenangan PH bukan kerana Mahathir.

6. Semua mengetahui bagaimana rapatnya Rafizi dengan Anwar dan sudah tentu kenyataan beliau.m bukan berlaku secara kebetulan.

7. Dengan keresahan rakyat yang semakin meningkat sudah tentu mereka akan mendesak agar digantikan Kabinet sedia ada dengan barisan kabinet lebih memahami nadi denyut rakyat bukan menyeksa mereka dengan memotong belanjawan membuang penjawat awam atau membuat tabung untuk membenarkan dakwaan bahawa negara mengalami kegawatan ekonomi dan rizab yang serius...

8. Zainudin Maidin juga secara terbuka memperli Anwar dalam kicauan Twitter miliknya dengan memperlekeh kunjungan Anwar menemui Raja dan Sultan.







9. Tidak cukup dengan itu penyebaran gambar dalam kapal terbang Kerajaan keluarga Anwar sudah tentu tidak sahaja datang dari pihak BN dan mereka juga semestinya tidak akan melepaskan peluang menghentam Anwar yang dilihat seolah menggantikan watak Rosmah menaiki pesawat membawa anak anak untuk lawatan rasmi.

10. Melemahkan Anwar bermaksud mengukuhkan kedudukan Mahathir yang kini tengah berusaha menguatkan jumlah MP dengan memancing mereka menyertai PH. Mereka sangat gusar jika PKR bersama PAS bersatu dengan BN dengan penyertaan Warisan sehingga mampu membentuk kerajaan baru sebaik sahaja Parlimen mula bersidang Jun nanti.

11. Dengan menghantar agen-agen untuk mencampuri pemilihan Umno tidak lama lagi seperti didedah oleh Lokman Adam kelmarin sudah tentu mereka akan mempunyai peluang melemahkan pemimpin yang boleh dilihat berwibawa untuk membuat gabungan baru untuk merampas kuasa dari Mahathir yang kini semakin banyak membuat keputusan yang menggelikan hati rakyat...

Semoga Allah mengembalikan Kerajaan Malaysia kepada yang berhak dan layak menguruskan negara ini sehingga semua kaum akan merasai nikmat kemakmuran bukan terpesona dengan drama lakonan yang hanya mahu menutup kesilapan dan kelemahan demi mengaut keuntungan jangka panjang.



Rafizi sangkal populariti Dr. Mahathir

RAFIZI RAMLI
RAFIZI RAMLI

KUALA LUMPUR 29 Mei - Selepas mengkritik pelantikan menteri Kabinet, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyangkal populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan sebagai faktor kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

Rafizi sebaliknya mendakwa isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah sebab utama Pakatan Harapan dapat meruntuhkan tembok Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14. 

Beliau memetik laporan tinjauan pasca PRU-14 yang dilakukan oleh Invoke Malaysia yang mendapati bahawa rakyat lebih terkesan dengan dua isu tersebut berbanding pengaruh Dr. Mahathir yang kini merupakan Perdana Menteri. 

"Pada akhirnya, isu terbesar adalah isu punca pendapatan. Ia adalah mengenai GST, lebih mengatasi isu-isu lain.

"Selain itu, walaupun Dr. Mahathir menang besar sebelum ini di Kedah, kali ini Pas yang menang besar di Kedah. Ini bermakna, untuk pengundi Melayu, jika mereka perlu memilih antara PPBM yang dipimpin Dr. Mahathir atau Pas, mereka akan pilih Pas," katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Insight, Ahad lalu. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali menyifatkan kelantangan Rafizi terhadap kepemimpinan Dr. Mahathir baru-baru ini sebagai 'kurang strategik' untuk permuafakatan dalam Pakatan Harapan. 

"Mungkin tegur-menegur satu budaya baharu politik Malaysia era Pakatan Harapan namun biarlah kena pada masa dan keadaan.

"Salah teguran atau kritikan boleh menimbulkan keresahan rakyat dan boleh menggugat keharmonian pakatan politik yang sudah sedia wujud ini," katanya.-UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate