Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Julai 2018

Apa Maksud Kenyataan Azmin : Dasar ekonomi tidak harus berasaskan kaum ???

Dasar ekonomi tidak harus berasaskan kaum - Azmin Ali - Negara - Kosmo Online

Lu pikirlah sendiri...

Adakah Melayu Haprak ini akan hormat kedudukan Melayu dalam Perlembagaan yang menetapkan hak mereka dipelihara.

Mereka sebenarnya mahu merubah perlembagaan atas nama kesaksamaan dan keadilan walau membelakangkan Perlembagaan Malaysia.

Dasar ekonomi tidak harus berasaskan kaum - Azmin Ali

azmin

Azmin Ali

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) percaya dasar ekonomi negara tidak harus berasaskan kaum sebaliknya perlu berdasarkan keperluan rakyat demi faedah kepada seluruh warga Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Ini yang diamalkan dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi di Selangor. Justeru, dengan pengalaman  saya yang tidak seberapa di Selangor (selaku Menteri Besar sebelum ini), kita boleh kembangkan  amalan ini ke peringkat nasional dan lihat sejauh mana dasar-dasar ekonomi kita boleh memberi manfaat kepada  seluruh rakyat Malaysia.

"Semakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) ini bertujuan memastikan ia memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata, DEB tidak akan digantikan sepenuhnya namun jika ada keperluan, dasar baharu akan diperkenalkan seiring dengan hala tuju baharu kerajaan PH.

Katanya, perkara itu akan dilihat oleh Unit Perancang Ekonomi dan beliau berharap sebahagian daripada dasar baharu jika perlu akan diperkenalkan semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke-11 pada November ini. - Bernama    



Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate