Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label prk bukit gantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk bukit gantang. Papar semua catatan

16 Mac 2009

Edisi Pagi : Gambar Majlis Pengumuman Calon Bukit Gantang Yang Pertama Kali Disiarkan -Malaysiakini


Suasana sebelum majlis bermula dengan hamparan 


Para wartawan dan jurugambar yang membuat liputan  


Calon Bukit Gantang dikelilingi penyokong beliau dan
dikalungkan bunga tanda penghargaan.


Ismail Saffian dikelilingi penyokong yang girang dengan pengumuman
beliau sebagai calon mewakili anak tempatan Bukit Gantang


Calon Calon untuk jawatan Timbalan Presiden Parti 
yang turut hadir majlis tersebut. 



 Calon Bukit Gantang Ismail Safian berbual dengan
 Datuk Mahmud Pengarah PRK Bukit Gantang / DO Larut Matang.


Meskipun menawarkan diri dan tidak terpilih, 
Senator Datuk Jins Shamsudin turut hadir memeriahkan majlis.


Pelapis muda yang turut hadir sama untuk meneruskan 
perjuangan membela agama bangsa dan negara masa akan datang..



Pagi ni saya menerima gambar gambar terbaru dari Bukit Gantang, kiriman sahabat BPN TaipingMali.

Beliau meminta saya menyiarkannya untuk digunakan oleh sahabat BPN dan saya berbesar hati dapat melunaskan permintaannya.

Jika semakin bersatu kita semakin besarlah manfaat kita perolehi dan saya sangat bersyukur kepada Allah BPN semakin membesar dari hari ke hari.

Semalam sempat juga geng BPN bersidang dan membuat beberapa perubahan MT BPN. Di mana Timbalan YDP akan kembali diisi oleh Cheguman Waadat dan Abang Tuah tetap kekal sebagai Timbalan YDP juga cuma sebagai Timbalan YDP II.

Ini bermakna Timbalan YDP BPN ada dua iaitu pertama Cheguman dan kedua ialah AbangTuah.. Semua sahabat bersetuju dan telah menerima kedatangan Cheguman kembali memberikan sumbangan kepada BPN selepas berundur sekejap ekoran faktor fokus kepada study MA beliau sebelum ini.

Begitu juga YeopPerak telah dilantik sebagai Setiausaha BPN menggantikan Che Moq dan dibantu oleh sahabat baru BPN yang bernama Parpu Kari. Kedua dua mereka telah saya temui minggu lalu semasa sesi teh tarik di Kuala Lumpur. Dua dua sangat hensem hehe.

Semalam juga saya telah pergi ke semua blog blog ahli BPN di samping menyiarkan makluman di blog saya sendiri. Tentang beberapa perkara yang perlu diperiksa oleh semua blogger kita. Ini untuk mengemaskini dan membaiki kecacatan yang ada agar semua blog ahli BPN akan seragam rupa dan ciri yang ada pada mereka.

Terima kasih sekali lagi kepada Taiping Mali atas kiriman gambar dan selamat bekerja untuk sahabat semua !!!




Cari Blog Ini

Translate