Pages

18 Jun 2008

Mahfuz Omar Vs Aziz Sri Gading di HUJAH TV9 yang dekat di hati !

Dr Agus Yusuf, moderator rancangan Hujah TV9 yang saya agak dari pelat Kelantannya dia orang Kelantan. Memang pekat. Tetapi sedap. sesedap budu yang turut disukai saya..

Datuk Aziz ( BN Sri Gading ) nampaknya telah kalah di tangan pengadil yang berat sebelah !
setiap hujah dan penerangan dipintas agar tidak memberi bekas kepada penonton yang memang dahagakan ' kutukan' dan ' cemuhan' dari Mahfuz Omar. Jelas Dr Agus tidak dapat rasional bahkan seperti ingin mengenakan BN dan menzahirkan dirinya sebagai juara antara kedua ahli panel.

Lagi biadap apabila Mahfuz bertalu talu menangkis hujah Aziz yang belum selesai memberikan hujahnya. Bagaimana hendak dijelaskan hujah dalam HUJAH seperti ini ? Itu belum lagi dibincangkan tentang fakta seperti kenaikan minyak menguntungkan negara dan perlu digunakan semuanya untuk dihabiskan sebelum ia dapat disimpan bagi kegunaan generasi akan datang !

Pembangkang memang sengaja ungkit isu Malaysia negara pengeluar minyak sedangkan kita juga sebenarnya negara pengimport minyak dari Arab Saudi. Kerana minyak taraf tinggi milik kita dijual dan digantikan dengan minyak kualiti rendah. Dengan keuntungan jual beli digunakan bagi memberi subsidi percuma perubatan, pendidikan, dan lain lain lagi.

Bahkan Datuk Aziz dengan jelas menerangkan kenapa dibuat kenaikan dengan mengejut bagi mengelakkan bekalan minyak akan hilang di pasaran. Tindakan ini bukannya Pak Lah sahaja yang memerah otaknya. Bahkan ia diputuskan secara kolektif sesama cendikiawan. Cerdik pandai yang saya yakin lebih bijak dari Mahfuz dan lebih pandai dari pak pandir nama Husam !

Tengok sendiri betapa bijaknya Aziz - Sri Gading - dengan rasional tidak seperti Mahfuz Omar yang beria ia mencelah di saat Datuk Aziz memberikan hujahnya. Dan penyokong fanatik PAS di Tranungkite Online memuji melangit tinggi selepas mereka sudah ketinggalan 0-1 semasa edisi pertama isu minyak antara ketua Pemuda PAS dengan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad tempoh hari. Bahkan berita tersebut mendapat sorotan sehingga dilaporkan Malaysiakini dan dibincangkan di dalam Tranungkite Online...

Apa pun, samada Mahfuz atau Aziz atau Dr Agus yang menang, bukanlah matlamat kita. Yang penting bagaimana rakyat mendapat liputan HUJAH terbitan TV9 dengan mereka dihidangkan dengan hujah penuh emosional dari PAS dan tidak dapat menandingi kekentalan emosi Datuk Aziz dari BN ketika hangat membincangkan isu minyak yang tentu mendapat perhatian ramai ketika ini. Lebih lebih lagi di saat kali pertama ia memberi ruang demokrasi kepada PAS untuk mengemukakan hujah mereka biarpun pada saya ; mujurlah PAS baru diberi peluang ketika ini. Kerana jika dari dulu dibuka peluang sedemikian, ramai penyokong mereka akan lari disebabkan ' kelemahan' hujah dan perbahasan pemimpin idola mereka di saat siaran langsung diadakan yang dipancar seluruh negara...

Anda boleh buka di sini ( klik sini ) bagi siaran rakaman HUJAH tersebut. Moga anda juga rasional !

baca kembali petikan di bawah :

Tan Sri Mohd Hassan Marican selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Petronas itu memberi kenyataan beliau.

“Petronas adalah satu badan perniagaan, satu syarikat.”

“Kita tidak boleh memberi semua keuntungan dari operasi kita kepada kerajaan.”

“Sebahagian dari keuntungan yang diperoleh perlu kita gunakan untuk dilaburkan semula bagi memastikan syarikat ini akan terus berjalan dan berdaya maju.”

“Dalam keadaan sekarang pelaburan semula amat penting sebab kos untuk kerja-kerja mencari gali di telaga-telaga baru seluruh dunia semakin tinggi. Kita bukan sahaja mencari minyak di kawasan laut dalam, tetapi di kawasan ‘ultra deep water’.”

“Sekiranya semua keuntungan dikembalikan kepada kerajaan untuk dijadikan subsidi minyak, kita tidak berupaya untuk bertahan, mungkin sepuluh tahun lagi kita tidak dapa beroperasi.”

“Petronas tidak untung walau sesen pun dengan harga baru itu.”


Dan yang lupa disebutkan ialah simpanan minyak negara kita hanya bertahan untuk 33 tahun sahaja lagi. Terendah berbanding UAE, Arab Saudi, Venezuela dan lain lain negara pengeluar minyak dunia.

2 ulasan:

  1. Sapa nak buat kajian tentang mentaliti pembangkang? Lihat saja dua debat baru2 ni:
    1) Salahudin vs Shahril
    Penyokong PAS marah kat Salahudin dan dituduh gagal dalam misinya.

    2) Mahfuz lawan Aziz
    Penyokong PAS kata Mahfuz menang sebab menunjukkan gaya seorang pendebat original

    Sebenarnya, tiada siapa yang berani kata siapa menang dan siapa kalah dalam kedua2 perdebatan itu.

    Debat pertama berlaku secara tenang dan teratur. Manakala debat kedua hiruk pikuk, kacau bilau dan tunggang langgang. Keliru kita siapa ahli panel dan sapa jadi host...

    Tu yang depa suka.

    BalasPadam
  2. dr agus tu berat sebelah..dia bukannyer jd pengantara tapi turut sama jd ahli panel menyebelahi pembangkang..apa tidaknya, sedang aziz tgh berhujah di potong pulak hujah aziz, tapi sedang mahfuz berhujah, dibiarkan sampai meleret2 lari dari tajuk pun takpe. pengantara jenis apa mcm ni!!

    aku rasa dr agus tak layak jd pengantara. ada phd tapi cetek pemikiran.
    betul kata2 lecturer aku kat itm dulu.. ahli akedemik tak semestinya cendikiawan..

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.